Cara daftar Google Adsense

June 7, 2012 | 8

Cara daftar Google Adsense – Salam sejahtera, semakin hari ramai yang mencari sumber pendapatan melalui internet dan menjadikannya sebagai sumber kedua atau sumber utama pendapatan mereka. Kebanyakannya lebih terdorong kepada program jana wang di internet yang percuma kerana ia tidak memerlukan modal dan tak perlu keluarkan satu sen pun.

Ya, memang ada program jana wang percuma, bahkan banyak. Melalui artikel ini aku nak kongsikan satu program jana wang yang percuma untuk anda. Program jana wang internet ini adalah program pertama yang aku sertai sejak aku mula berkecimpung dalam dunia internet. Sejak itu setiap bulan aku tidak putus-putus mendapat $$$ dari mereka. Alhamdulillah.

cara daftar google adsense

Program yang aku maksudkan ialah program pengiklanan Google Adsense. Aku dapat agak ramai yang baca artikel nie sudah tahu apa itu Google Adsense. Ya, Google AdSense nie memang percuma namun untuk mendapatkan akaun google Adsense agak rumit sikit berbanding masa awal aku join dulu pada tahun 2005. Namun rumit bukan bermaksud tak boleh daftar, cuma dulu daftar terus di website Google Adsense mudah saja approve, sekarang agak susah sikit ada banyak prosedur, itu saja. Jadi, kena guna cara lain.

Sebenarnya tida trik sangat untuk cara daftar Google AdSense nie, cuma sekarang cara popular menggunakan 3rd party website selain daripada menggunakan web sendiri (guna domain sendiri). Berikut adalah beberapa website yang membenarkan Anda untuk mendaftarkan Google AdSense. Anda tidak perlu membayar kepada mereka, cuma daftar akaun di website tersebut kemudian buat permohonan akaun Google AdSense melaluinya.

Cara daftar Google Adsense mudah

1. Blogger.Com

Blogger.com (juga dikenali sebagai blogspot.com) merupakan tapak buat blog percuma daripada Google Inc. Ia sama seperti mencipta web percuma menggunakan sub-domain blogspot.com. Blogger menyediakan space yang luas untuk mengupload teks dan gambar, bahkan menyediakan banyak template yang cantik-cantik buat Anda.

Anda cuma perlu daftar email di Gmail.com kemudian ke www.Blogger.com, cipta blog Anda, post artikel unik kemudian mohon akaun Google Adsense melalui Monitize tab yang mereka sediakan.

Pautan: http://www.blogger.com/

2. Hubpages.com

Hubpages merupakan sebuah website dimana Anda dapat post artikel Anda dan mendapat bayaran melaluinya. Hubpages juga merupakan website yang laman web perkongsian pendapatan dimana Anda dapat kongsi artikel Anda dan mereka akan membayar Anda kepada setiap wang yang terhasil dengan artikel anda. Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan akaun Adsense melalui sistem perkongsian pendapatan mereka.

Pautan: http://www.hubpages.com

3. Flixya.com

Flixya adalah website seterusnya yang boleh Anda gunakan untuk memohon akaun AdSense. Flixya merupakan sebuah website untuk berkongsi gambar, video dan berblog, dan ia dikuasakan sendiri oleh Google AdSense sendiri maka Anda mempunyai peluang yang tinggi untuk permohonan akaun AdSensen diterima. Mudah saja, daftar satu akaun di Flixya, upload 10 atau lebih gambar, cipta blog dan artikel selama 3 hari berturut-turut, kemudian selepas buat permohonan untuk mendapatkan akaun Google Adsense.

Pautan: http://www.flixya.com

4. Docstoc

Amat mudah dan senang untuk dapatkan akaun Adsensen melalui Docstoc. Pergi ke Docstoc, upload beberapa format dokumen seperti .txt, .doc, atau fail-fail lain. Pastikan semua fail-fail tersebut mengandungi penulisan yang ditulis dengan baik. Pendek kata, Anda terus ke website Docstoc, cipta satu akaun, upload beberapa dokumen (lebih banyak lebih baik) dan kemudian buat permohonan untuk mendapatkan akaun Adsense.

Pautan: http://www.docstoc.com/

5. IndyaRocks – http://www.indyarocks.com/

6. BloggerParty – http://www.bloggerparty.com/

7. Webanswers – http://www.webanswers.com/

Ketiga-tiga website seterusnya aku tak terangkan sebab penerangannya lebih kurang sama dengan 4 website di atas tu. Daftar + buat blog + post artikel + post gambar –> mohon akaun Google Adsense.

Tips-tips:

  • Pastikan status akaun Anda adalah 100% complete. Maksudnya complete dari segi profil, gambar, rakan dan sebagainya, kemudian baru pohon akaun Adsense.

  • Kalau kena reject buat kali pertama, submit semula permohonan, kebarangkalian permohonan kedua diterima adalah tinggi.

Untuk lebih lanjut lagi dan Anda inginkan penerangan lebih panjang lebar, muat turun ebook 6 Modul AdSense Percuma di sidebar sebelah kanan blog Aku nie. Sekian, semoga berjaya!

PS: Artikel Cara daftar Google Adsense ini dibawakan oleh Afiffuddin.Com

Facebook comments:

Comments (8)

  1. Thanks..

    Dah beberapa kali apply tp kena rejct..tunggu dulu lah..
    JOM baca post terbaru dari daddydee ..Review Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang

  2. dah banyak kali apply, tak pernah2 lepas..
    JOM baca post terbaru dari Kamil ace ..FOC Oh FOC!!

  3. huhu bro, dulu sebelum dia update pertengah bulan tahun ini senang je nak apply google adsense ni skung susah bebenour, tapi saya tak pernah guna platform docstoc untuk apply nanti asya cuba…
    JOM baca post terbaru dari luqman hakim ..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012-1433H

  4. Google Adsense bukan ke lebih kepada blog atau web Bahasa Inggeris?
    JOM baca post terbaru dari AkmaOmar ..2012 Tahunku Yang Cantik

  5. Google Adsense boleh juga letak dalam blog Bahasa Melayu, cuma web atau blog Bahasa Inggeris lebih mahal iklan dan keywordnya, Bahasa Melayu iklan murah dan harga keyword pun murah.

    Kelebihan blog Bahasa Melayu dengan Google Adsense ni mudah dapat traffic banyak sebab bahasa melayu tulis laju macam air dari Bahasa Inggeris, jadi artikel pun unik dan disukai Google walaupun iklan murah jika klik banyak maka banyak juga dapat.

  6. Oooo.. mcm tu.. terima kasih atas penjelasannya…
    JOM baca post terbaru dari AkmaOmar ..iPhone 5 Gadget Impian

  7. Pernah apply google adsense masa dengan domain yang lama dulu tapi kena reject..lepas tu tak pernah apply dah..
    Kalau kita daftar dengan blogger.com tu,kalau approve,lepas tu kita boleh letak code iklan tu kat blog kita yang lain ke walaupun blog yang lain tu platform wordpress dan domain berlainan dari yang blogspot tu?
    JOM baca post terbaru dari Hairul Azni ..Senarai 12 Peserta AJL 27.

  8. Google AdSense memang sangat digemari oleh kebanyakan blogger di seluruh penjuru dunia, karena sistem yang diberlakukan sangat fair dan tentunya dapat memberikan income yang tidak sedikit. Ada banyak cara yang bisa dilakukan untuk mendaftar Google AdSense. Seperti yang dijelaskan pada artikel diatas, kita bisa mendaftar langsung melalui Blogger dan juga bisa mendaftar melalui pihak ketiga. Ini bisa dijadikan solusi alternatif yang tepat untuk kita semua yang kesulitan dalam memperoleh approval dari Google AdSense. Karena alasan syarat dan ketentuan yang ditetapkan cukup berat dan sulit. Terimakasih banyak kawan atas penjelasannya.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge