Pin It

Cara daftar Google Adsense

June 7, 2012 | 0

Cara daftar Google Adsense – Salam sejahtera, semakin hari ramai yang mencari sumber pendapatan melalui internet dan menjadikannya sebagai sumber kedua atau sumber utama pendapatan mereka. Kebanyakannya lebih terdorong kepada program jana wang di internet yang percuma kerana ia tidak memerlukan modal dan tak perlu keluarkan satu sen pun.

Ya, memang ada program jana wang percuma, bahkan banyak. Melalui artikel ini aku nak kongsikan satu program jana wang yang percuma untuk anda. Program jana wang internet ini adalah program pertama yang aku sertai sejak aku mula berkecimpung dalam dunia internet. Sejak itu setiap bulan aku tidak putus-putus mendapat $$$ dari mereka. Alhamdulillah.

cara daftar google adsense Cara daftar Google Adsense

Program yang aku maksudkan ialah program pengiklanan Google Adsense. Aku dapat agak ramai yang baca artikel nie sudah tahu apa itu Google Adsense. Ya, Google AdSense nie memang percuma namun untuk mendapatkan akaun google Adsense agak rumit sikit berbanding masa awal aku join dulu pada tahun 2005. Namun rumit bukan bermaksud tak boleh daftar, cuma dulu daftar terus di website Google Adsense mudah saja approve, sekarang agak susah sikit ada banyak prosedur, itu saja. Jadi, kena guna cara lain.

Cara daftar Google AdSense

Sebenarnya tida trik sangat untuk cara daftar Google AdSense nie, cuma sekarang (tahun 2012) cara popular menggunakan 3rd party website selain daripada menggunakan web sendiri (guna domain sendiri). Berikut adalah beberapa website yang membenarkan Anda untuk mendaftarkan Google AdSense. Anda tidak perlu membayar kepada mereka, cuma daftar akaun di website tersebut kemudian buat permohonan akaun Google AdSense melaluinya.

Cara daftar Google Adsense mudah

1. Blogger.Com

Blogger.com (juga dikenali sebagai blogspot.com) merupakan tapak buat blog percuma daripada Google Inc. Ia sama seperti mencipta web percuma menggunakan sub-domain blogspot.com. Blogger menyediakan space yang luas untuk mengupload teks dan gambar, bahkan menyediakan banyak template yang cantik-cantik buat Anda.

Anda cuma perlu daftar email di Gmail.com kemudian ke www.Blogger.com, cipta blog Anda, post artikel unik kemudian mohon akaun Google Adsense melalui Monitize tab yang mereka sediakan.

Pautan: http://www.blogger.com/

2. Hubpages.com

Hubpages merupakan sebuah website dimana Anda dapat post artikel Anda dan mendapat bayaran melaluinya. Hubpages juga merupakan website yang laman web perkongsian pendapatan dimana Anda dapat kongsi artikel Anda dan mereka akan membayar Anda kepada setiap wang yang terhasil dengan artikel anda. Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan akaun Adsense melalui sistem perkongsian pendapatan mereka.

Pautan: http://www.hubpages.com

3. Flixya.com

Flixya adalah website seterusnya yang boleh Anda gunakan untuk memohon akaun AdSense. Flixya merupakan sebuah website untuk berkongsi gambar, video dan berblog, dan ia dikuasakan sendiri oleh Google AdSense sendiri maka Anda mempunyai peluang yang tinggi untuk permohonan akaun AdSensen diterima. Mudah saja, daftar satu akaun di Flixya, upload 10 atau lebih gambar, cipta blog dan artikel selama 3 hari berturut-turut, kemudian selepas buat permohonan untuk mendapatkan akaun Google Adsense.

Pautan: http://www.flixya.com

4. Docstoc

Amat mudah dan senang untuk dapatkan akaun Adsensen melalui Docstoc. Pergi ke Docstoc, upload beberapa format dokumen seperti .txt, .doc, atau fail-fail lain. Pastikan semua fail-fail tersebut mengandungi penulisan yang ditulis dengan baik. Pendek kata, Anda terus ke website Docstoc, cipta satu akaun, upload beberapa dokumen (lebih banyak lebih baik) dan kemudian buat permohonan untuk mendapatkan akaun Adsense.

Pautan: http://www.docstoc.com/

5. IndyaRocks – http://www.indyarocks.com/

6. BloggerParty – http://www.bloggerparty.com/

7. Webanswers – http://www.webanswers.com/

Ketiga-tiga website seterusnya aku tak terangkan sebab penerangannya lebih kurang sama dengan 4 website di atas tu. Daftar + buat blog + post artikel + post gambar –> mohon akaun Google Adsense.

Tips-tips:

  • Pastikan status akaun Anda adalah 100% complete. Maksudnya complete dari segi profil, gambar, rakan dan sebagainya, kemudian baru pohon akaun Adsense.

  • Kalau kena reject buat kali pertama, submit semula permohonan, kebarangkalian permohonan kedua diterima adalah tinggi.

Untuk lebih lanjut lagi dan Anda inginkan penerangan lebih panjang lebar, anda boleh dapatkan ebook jana wang adsense di SINI. Sekian, semoga berjaya!

PS: Artikel Cara daftar Google Adsense ini dibawakan oleh Afiffuddin.Com

 Cara daftar Google Adsense

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


eight + 3 =