Cara-cara withdraw/transfer duit paypal ke akaun bank tempatan

March 16, 2011 | 9

Baiklah, kali ini aku hendak buat satu post khas tentang cara-cara withdraw atau transfer duit paypal ke akaun bank tempatan samada ke Maybank atau CIMB Bank. Bank pilihan aku untuk withdraw duit paypal adalah CIMB. Sebenarnya tidaklah susah mana untuk membuat urusan withdraw, cuma mungkin risau berlaku kesilapan, yela kan.. transfer duit tu.. tersilap transfer nanti kan susah.

Untuk tutorial transfer duit paypal aku sertakan sekali dengan screenshot gambar supaya memudahkan pemahaman anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah pertama, seperti biasa login akaun Paypal anda di https://www.paypal.com/

Langkah ke-2. Setelah anda login akaun Paypal anda. Paparan akaun anda akan kelihatan seperti baki paypal anda, jumlah baki anda samada dalam USD, MYR atau matawang yang lain, aktiviti seperti bayaran yang diterima dan bayaran yang telah dihantar, dan sebagainya. Untuk urusan withdraw, sila klik link withdraw di bahagian sidebar atas. Rujuk gambar di bawah:

(Langkah 3) Kemudian anda akan dibawa ke halaman Withdraw Funds, di halaman tersebut sila klik link “Withdraw to your bank account”. Rujuk gambar di bawah.

(Langkah 4) Di halaman seterusnya, anda dikehendaki memasukkan maklumat penghantaran wang seperti jumlah wang dan akaun bank. Sila klik link “Add Bank Account” untuk memasukkan butiran-butiran maklumat bank anda. Rujuk gambar di bawah:

(Langkah 5) Kemudian anda akan di bawa ke halaman “Add a bank account in Malaysia”. Di halaman tersebut anda dikehendaki untuk memasukkan maklumat salah satu akaun bank tempatan pilihan anda. Terdapat banyak pilihan bank untuk anda, sila klik link “Details” untuk mendapatkan maklumat tentang bank-bank yang terpilih untuk urusan transfer duit paypal. Bank pilihan saya ialah CIMB. Rujuk gambar di bawah:

Apabila anda klik link “Details” tadi, satu popup window akan dipaparkan. Kenalpasti maklumat bank pilihan anda seperti Bank Name (Nama Bank) & MEPS Bank Routing Code. Kedua-dua maklumat ini diperlukan untuk proses mengisi maklumat seperti di langkah 5. Gambar di bawah adalah popup window yang saya sebutkan tadi:

Setelah anda masukkan butiran maklumat, klik buttang “Continue” yang bewarna oren (Rujuk gambar pada Langkah 5 di atas). Anda kemudian akan di bawah ke halaman “Withdraw funds” semula seperti di Langkah 4. Masukkan jumlah wang yang anda hendak keluarkan ke Bank anda serta pilihan bank anda, klik butang “Continue”. Rujuk gambar di bawah:

(Langkah 6) Di halaman berikutnya iaitu halaman “Review your withdraw information”. Sila pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul. Setelah anda berpuas hati, klik butang “Submit”. Rujuk contoh gambar di bawah:

(Langkah 7) Kemudian anda akan dibawa ke halaman yang mengatakan “Your withdraw request is ini process” bermaksud urusan withdraw/transfer wang anda sedang diproses. Sebenarnya anda sudah pun selesai membuat urusan withdraw duit paypal ke akaun bank tempatan anda. Namun sekiranya anda ingin melihat butiran lanjut mengenai maklumat pemohonan withdraw anda. Sila klik link “View the details of this request”:

Pada halaman berikutnya adalah segala butiran-butiran maklumat mengenai urusan withdraw Paypal yang anda lakukan sebentar tadi. Contoh seperti gambar di bawah:

TAHNIAH! Anda sudah berjaya membuat urusan withdraw atau transfer wang Paypal anda ke bank tempatan! Dalam masa 2-3 hari waktu bekerja, wang anda akan dimasukkan ke akaun bank tempatan anda.

Diharap artikel ini akan memberi manfaat kepada anda semua. Artikel aku nie gitau pasal withdraw paypal saja, kalau anda nak tahu bagaimana mengatasi masalah paypal dan maklumat lengkap dan update terkini paypal boleh rujuk panduan nie ~> Panduan Paypal Malaysia

PS: Ada sesiapa ingin membeli funds Paypal dari aku? Rujuk thread Wangcyber ini >> http://www.wangcyber.com/forum/jual-beli-paypal/38101-fund-paypal-untuk-dijual-update-tiap-tiap-minggu-special-rates.html atau terus saja contact aku melalui email: meshaal_addeen@yahoo.com atau hubungi aku melalui akaun Facebook di http://www.facebook.com/afiffuddin



Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, di bawah adalah VIDEO LIVE bagaimana insan kerdil seperti saya menjana wang di internet!


PS:Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui email di admin@afiffuddin.com



Facebook comments:

Comments (9)

  1. Kat paypal ada duit tapi xpernah withdraw lagi.Thanks bro buat artikel ni.Nnti nak cuba keluarkan duit kat paypal tu huhu

  2. Afiffuddin

    Faizul: Sama-sama. :)

  3. najwa

    Saya tak faham la macam mana nak guna PayPal ni..kalau sign up ni ambil yang Personal ke??and macam mana plak kalau nak beli barang secara online sedangkan tak de kredit kad

  4. boleh saya tahu berapa caj untuk transaction tu ?

  5. lagi satu nak tanya , dekat bahagian nama kita tu , nak kene letak bin jugak ke ?

  6. to Najwa – Anbil yg Premier, nanti banyak function yg boleh guna. Kalau dh open Personal boleh saja upgrade ke Premier. Sebelum ini nak guna paypal kena verified dulu, so utk verified perlu ada kad debit atau kredit. VCC atau Virtual Creadit Card pon boleh. Bila dah verified, boleh beli barang di internet dengan menggunakan medium Paypal sebagai pembayaran. Untuk masukkan duit (fund) hanya transfer duit dari akaun debit card ke Paypal, cara ini mengambil masa 3-5 hari. Cara yg cepat ialah dengan membeli fund paypal daripada penjual fund paypal tempatan.

    Sekarang, bila dah dapat akaun paypal dah boleh jual beli di online tanpa verified, cuma ada limited transaction (kadar keluar masuk duit dihadkan).

    Untuk beli fund paypal boleh rujuk di sini ~ http://wangcyber.com/forum/jual-beli-paypal/ atau melalui Facebook group di sini ~ https://www.facebook.com/groups/jualbelipaypal/

    Semoga jawapan saya dapat membantu. :)

  7. to encikbeliau – caj untuk transaction tidak dikenakan sekiranya withdraw atas RM400.
    bahagian nama jika nak withdraw pastikan sama dengan nama di akaun bank tempatan. Cek nama di maybank2u atau CIMBClick. :)

  8. Haz

    salam boss.. nak tanya sikit mengenai withdraw ini.. tak reti sebenarnya nak cash out dari paypal ke maybank ni.. yang lain tak ada masalah.. cuma dekat bahagian nama itu.. nama itu dorang akan check sama dkt nama kad maybank atau pun just dorg akan check no kad sahaja? sebabnya bila reg dekat paypal, sy reg guna nama nickname..

    so, bila dah masukkan nama semua tu untuk cash out, nickname akan masuk sekali..

    Cth nama nickname dkt paypal : Haz Issac
    bila nak keluarkan masuk nama penuh Muhammad Haziq Bin Jamaluddin .. so details dia akan keluar Muhammad Haziq Bin Jamaluddin “Issac” belakang dia.. boleh ke? coz was2 nak withdraw ni kalau details salah..

    boleh terangkan? harap dapat membantu..
    JOM baca post terbaru dari Haz ..Vanila Coklat Episod 9 Watch Online

  9. good info bro………
    JOM baca post terbaru dari faris ..how to make good url for your blog

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge