Pin It

Cara buat ebook – bagaimana cara membuat ebook

February 25, 2012 | 0

Cara buat ebookbagaimana cara untuk membuat ebook. Sebenarnya terdapat banyak cara nak buat ebook nie walaupun Anda sendiri tak tahu, tambah pula kepada yang tahu. Hehe (awal2 dh buat ayat pusing). Ok, artikel kali ini aku nak kongsikan tentang cara-cara nak buat ebook. Aku beritahu ala kadar sahaja. Kalau aku cerita detail nanti jadi panjang macam ebook Pakar Ebook ini pula pula. Baik aku buat ebook terus. Hehe

Ok, secara asasnya dalam pembikinan ebook Anda cuma perlu tulis apa sahaja di dalam Microsoft Word yang berformat .doc kemudian convertkan menjadi ebook di dalam format .pdf.

Nampak macam mudah saja kan cara buat ebook nie, namun Anda perlu ketahui untuk menulis ebook dengan betul memerlukan beberapa perkara yang harus Anda ketahui sebelum memulakan penulisan ebook.

Cara buat eBook

Adakah anda buat ebook sekadar untuk simpanan atau untuk dijual? Aku sendiri ada juga buat ebook untuk simpanan, dan ada juga untuk dijadikan bonus dan ada juga untuk dijual. Terserah Anda, nak beri PERCUMA pun boleh. Di bawah ini adalah contoh 2 ebook yang aku hasilkan sendiri khas untuk dijadikan sebagai bonus:

casestudy cover Cara buat ebook   bagaimana cara membuat ebook cara buat ebook amazon Cara buat ebook   bagaimana cara membuat ebook

PS: Salah satu daripada ebook nie aku belum buat kemaskini terkini. So, aku terpaksa hentikan pemberian bonus ebook tu buat sementara waktu.

Anda juga perlu ketahui samada Adakah anda ingin menulis ebook Anda seperti ayat skema atau ayat sembang-sembang? Itu juga perlu ambil kira. Ianya bergantung kepada tajuk ebook serta golongan pembacanya (target audience), lelaki atau perempuan, umum, bangsa dan sebagainya. Tapi kalau sekadar buat ebook untuk diri sendiri, boleh saja guna bahasa loghat negeri masing-masing. haha.

Selain itu, sekiranya Anda ingin menghasilkan ebook yang bertujuan untuk dijual kepada pembeli, terdapat beberapa perkara tambahan lain yang perlu Anda ambil berat dalam pembuatan ebook nie: IDEA, PASARAN, UJIKAJI, PERMINTAAN, dan TOOL PEMASARAAN.

Demikian secara ringkas penerangan aku tentang objektif serta tujuan membuat ebook. Lebih kurang macam pasang niat la kan, kemudian baru boleh laksanakan apa yang diniatkan tu. Pendek kata: Kena ada PLAN dulu lah.

Untuk membuat ebook ini akan mengambil masa dalam beberapa hari, atau beberapa minggu, atau beberapa bulan, atau beberapa tahun! Faktor siap ebook tu bergantung kepada kerajinan penulis lah kan, selain daripada faktor masa mencari maklumat dan kajian yang terperinci. So, jangan ingat untuk membuat ebook yang “menjual” hanya dalam sehari saja boleh siap melainkan anda melakukannya secara berkumpulan dalam 1000 orang. Itupun belum tentu lagi.

Salah satu daripada ebook aku di atas tu yang lebih daripada 20 m/s pun aku siapkan dalam 4 hari. Hoho sebab itu aku jadikan bonus. Kalau nak jual sekurang-kurangnya lebih daripada 100 m/s baru nampak lengkap. Kalau buat sekadar 15 m/s kemudian jual, jangan hairanlah bila dapat feedback yang bukan-bukan, tak pasal-pasal jatuh kreadibiliti dalam masa singkat, lepas tu kalau nak buat dan jual ebook baru susah la sikit pada masa hadapan.

Ok, katakanlah ebook Anda dah siap sepenuhnya, lepas siap mesti Anda tidak sabar hendak menjual atau memasarkannya bukan? Jadi anda kena tahu apakah teknik yang berkesan untuk pemasaran ebook nie. Samada nak pasarkan melalui blog, forum, laman sosial, pengiklanan dan sebagainya. Kena belajar semua tu, walaupun aku dah beri ‘hint’ beberapa medium pemasaran tadi, itu baru sedikit, walaupun Anda serang medium-medium pemasaran tersebut tidak semestinya menjadi. Kena belajar teknik pemasaran yang betul.

Macam aku kata tadi di perenggan awal, memang panjang la kalau nak Aku huraikan satu persatu dari A to Z tentang cara buat ebook nie. Kalau Anda nak belajar dengan lebih mendalam tentang bagaimana cara membuat ebook dengan lebih berkesan, aku syorkan supaya Anda mendapatkan produk “Bisnes Ebook” di SINI. Semuanya diterangkan secara detail dari awal Anda membuat ebook sehingga pemasaran. Semua tool-tool disediakan dengan lengkapnya.

Aku sendiri dah dapatkan ebook tu, jadi aku tahulah betapa berkesannya panduan tersebut. Buktinya aku baru praktikkan beberapa peratus sahaja apa yang diberitahu dalam ebook tu, tapi penangannya punyala hebat, ebook yang aku jadikan bonus pun mendapat sambutan! Kalau tak percaya Anda lihat dan baca sendiri komen-komen pelawat yang melawat ke halaman bonus ebook aku tu di sini ~ http://afiffuddin.com/bonus-pakaraplikasifb/ (Komen Anda boleh lihat di bahagian bawah sekali)

Amacam? Teruja tak, hehe. Dapatkan segera panduan Bisnes Ebook (LINK) dan Aku jamin Anda pasti berpuas hati punyalah. Sebelum panduan itu ditarik balik, nanti menyesal pula jangan salahkan aku pula sebab tak beritahu.

Demikian penerangan aku tentang bagaimana cara membuat ebook. So, sekarang aku yakin, Anda dah nampak bagaimana ebook Anda akan terhasil nanti. Ker tak jelas? Kalau nak jelas lagi dapatkan panduan Pakar Ebook. Ehehe, Adios!

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


four × = 24