Khasiat sabun susu beras – apakah khasiat sabun susu beras?

Khasiat sabun susu beras. Sebelum saya meneruskan perkongsian tentang khasiatnya, biar saya jelaskan terlebih dahulu serba-sedikit tentang sabun susu beras ini. Sabun susu beras merupakan satu produk yang dibuat seratus peratus (100%) daripada beras wangi yang berfungsi untuk menambahkan lagi mutu serta khasiatnya. BERAS mempunyai khasiat tersendiri. Selain menjadi pengalas perut, beras turut dijadikan sebagai bahan kecantikan sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu.

Walaupun pada dasarnya amalan kecantikan melalui penggunaan beras yang dijadikan sebagai bedak ataupun ianya dipanggil bedak sejuk, jarang diamalkan oleh sesetengah masyarakat pada masa kini, namun eleman penggunaannya masih lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan kampung.

Jadi, apakah khasiat sabun susu beras ini? secara ringkasnya ia berkhasiat:

  • menaikkan aura seri wajah secara semulajadi
  • menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa penglupasan
  • berkesan menanggalkan kotoran, minyak,sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat
  • berkesan menanggalkan bekas make up pada kulit muka
  • menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, dicelah-celah paha dan siku
  • sesuai digunakan untuk orang yang menghadapi masalah kulit dan resdung
  • mampu memberi kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh
  • boleh mengatasi masalah bau badan

Produk sabun susu beras ini bukan sahaja boleh digunakan oleh golongan wanita tetapi juga lelaki. Mereka yang menggunakannya akan berasa segar sepanjang hari dan badan tidak melekit walaupun berpeluh sekaligus mengatasi masalah bau badan yang sering dialami oleh mereka yang bekerja di luar pejabat.

Untuk membasuh setelah menggunakan alat solekan, sabun ini dapat membantu tanpa perlu menggunakan toner. Begitu juga dengan sel kulit mati dan jeragat.

Sabun ini juga berkesan untuk digunakan pada kanak-kanak atau mereka yang menghidap demam campak. Mandi sambil menggosok badan dengan sabun ini dapat menghilangkan gatal dan parut hitam akibat campak, insya-Allah.

Tahukah anda, nenek moyang kita dahulu tidak pernah menggunakan produk penjagaan kulit atau kosmetik bagi mencantikkan kulit muka. Sungguhpun demikian mereka jarang sekali menghadapi masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat seperti ruam, kulit kusam gelap, kulit kering, menggelupas dan sebagainya.

Apa kata jika kita kembali mencuba petua lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu.. iaitu sabun susu beras?

Rujukan: Utusan, New Sabah Times

Untuk dapatkan Sabun Beras, anda boleh beli dan dapatkan secara online di Shopee dan Lazada. Semoga artikel ini membantu. Sekian.

Leave a Comment