Cara Buat eBook – Bagaimana Cara Membuat eBook

Cara buat ebook – bagaimana cara untuk membuat ebook. Sebenarnya terdapat banyak cara nak buat ebook nie walaupun Anda sendiri tak tahu, tambah pula kepada yang tahu. Hehe (awal-awal dah buat ayat pusing). Baiklah, artikel kali ini saya nak kongsikan tentang cara-cara nak buat ebook. Saya beritahu ala kadar sahaja. Kalau saya cerita detail nanti jadi panjang macam ebook Pakar Ebook ini pula pula. Lebih baik saya buat ebook terus.

Baiklah, secara asasnya dalam pembikinan ebook anda cuma perlu tulis apa sahaja di dalam Microsoft Word yang berformat .doc kemudian convertkan menjadi ebook di dalam format .pdf.

Nampak macam mudah saja kan cara buat ebook ni, namun Anda perlu ketahui untuk menulis ebook dengan betul memerlukan beberapa perkara yang harus Anda ketahui sebelum memulakan penulisan ebook.


Cara buat eBook

Adakah anda buat ebook sekadar untuk simpanan atau untuk dijual? Saya sendiri ada juga buat ebook untuk simpanan, dan ada juga untuk dijadikan bonus dan ada juga untuk dijual. Terserah anda, nak beri PERCUMA pun boleh. Di bawah ini adalah contoh 2 ebook yang telah saya hasilkan sendiri khas untuk dijadikan sebagai bonus:

cara buat ebook

PS: Salah satu daripada ebook ini saya belum buat kemaskini terkini. Jadi saya terpaksa hentikan pemberian bonus ebook tu buat sementara waktu.

Anda juga perlu ketahui samada Adakah anda ingin menulis ebook Anda seperti ayat skema atau ayat sembang-sembang? Itu juga perlu ambil kira. Ianya bergantung kepada tajuk ebook serta golongan pembacanya (target audience), lelaki atau perempuan, umum, bangsa dan sebagainya. Tapi kalau sekadar buat ebook untuk diri sendiri, boleh saja guna bahasa loghat negeri masing-masing. haha.

Selain itu, sekiranya Anda ingin menghasilkan ebook yang bertujuan untuk dijual kepada pembeli, terdapat beberapa perkara tambahan lain yang perlu Anda ambil berat dalam pembuatan ebook nie: IDEA, PASARAN, UJIKAJI, PERMINTAAN, dan TOOL PEMASARAAN.


Demikian secara ringkas penerangan saya tentang objektif serta tujuan membuat ebook. Lebih kurang macam memasang niat, kemudian baru boleh laksanakan apa yang diniatkan tu. Pendek kata: Kena ada PLAN dan TEORI terlebih dahulu dan kemudian PRAKTIKAL.

Untuk membuat ebook ini akan mengambil masa dalam beberapa hari, atau beberapa minggu, atau beberapa bulan, atau beberapa tahun! Faktor siap ebook tu bergantung kepada kerajinan penulis lah kan, selain daripada faktor masa mencari maklumat dan kajian yang terperinci. So, jangan ingat untuk membuat ebook yang “menjual” hanya dalam sehari saja boleh siap melainkan anda melakukannya secara berkumpulan dalam 1000 orang. Itupun belum tentu lagi.

Salah satu daripada ebook saya di atas tu yang lebih daripada 20 m/s pun saya siapkan dalam 4 hari. Hoho sebab itu saya jadikan bonus. Kalau nak jual sekurang-kurangnya lebih daripada 100 m/s baru nampak lengkap. Kalau buat sekadar 15 m/s kemudian jual, jangan hairanlah bila dapat feedback yang bukan-bukan, tak pasal-pasal jatuh kreadibiliti dalam masa singkat, lepas tu kalau nak buat dan jual ebook baru susah la sikit pada masa hadapan.

Ok, katakanlah ebook Anda dah siap sepenuhnya, lepas siap mesti Anda tidak sabar hendak menjual atau memasarkannya bukan? Jadi anda kena tahu apakah teknik yang berkesan untuk pemasaran ebook nie. Samada nak pasarkan melalui blog, forum, laman sosial, pengiklanan dan sebagainya. Kena belajar semua tu, walaupun saya dah beri ‘hint’ beberapa medium pemasaran tadi, itu baru sedikit, walaupun Anda serang medium-medium pemasaran tersebut tidak semestinya menjadi. Kena belajar teknik pemasaran yang betul.


Seperti yang saya sebut sebentar tadi di perenggan awal, memang agak panjang lah sekerinya saya nak huraikan satu persatu dari A to Z tentang cara buat ebook ni. Jadi sekiranya anda betul-betul nak belajar dengan lebih mendalam tentang bagaimana cara membuat ebook dengan lebih berkesan, saya syorkan supaya anda segera dapatkan produk “Bisnes Ebook” di SINI. Semuanya diterangkan secara detail dari awal anda membuat ebook sehingga pemasaran. Semua tool-tool disediakan dengan lengkapnya.

Saya sendiri pun sudah dapatkan ebook tu, jadi sedikit sebanyak saya tahulah betapa berkesannya panduan tersebut. Buktinya walaupun saya praktikkan beberapa peratus sahaja apa yang diberitahu dalam ebook tu, tapi penangannya punyalah hebat, ebook yang saya jadikan bonus pun mendapat sambutan menggalakkan!

Dapatkan segera panduan Bisnes Ebook (LINK) dan saya jamin Anda pasti berpuas hati punyalah. Sebelum panduan itu ditarik balik, nanti menyesal pula jangan salahkan saya pula sebab tak beritahu.

Demikian penerangan saya tentang bagaimana cara membuat ebook. Jadi, sekarang saya yakin, anda dah nampak bagaimana ebook anda akan terhasil nanti. Belum cukup jelas? Kalau nak jelas lagi dapatkan panduan Pakar Ebook. Ehehe, Adios!

Leave a Comment