Cara Buat Cheesekut Paling Mudah Hanya Guna 5 Bahan Saja

Cara Buat Cheesekut | Adakah anda penggemar cheesekut? Siapa yang tidak suka dengan cheesekut yang lembut dan sedap ni kan. Malah, dengan hanya 5 bahan sahaja, anda boleh membuat cheesekut yang sedap dan mudah di rumah sendiri.

Cheesekut merupakan hidangan pencuci mulut yang paling mudah dan hanya memerlukan gabungan beberapa bahan sahaja. Selain itu, ianya tidak perlu dimasak dengan kukus atau membakar, dan pastinya ia amat lazat untuk dijadikan hidangan penutup.


Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda cara membuat cheesekut yang mudah dan senang diikuti. Mari kita lihat resepi cheesekut yang paling mudah dan sedap.

Bahan-bahan Cheesekut

  • 250g krim keju (keluarkan dari peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan)
  • ½ tin susu pekat manis
  • Biskut deluxe crackers (rasa asal)
  • Nestum
  • Susu segar Dutch Lady (untuk merendam biskut)

Cara Membuat Cheesekut

  1. Gunakan blender untuk memukul krim keju supaya ia cepat hancur. Masukkan setengah tin susu pekat manis (tambah atau kurangkan kuantitinya mengikut citarasa) dan masukkan susu segar Dutch Lady untuk mengelakkan krim keju daripada menjadi terlalu pekat. Putar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  2. Kemudian, rendamkan biskut dalam susu segar, jangan terlalu lama sehingga ia menjadi lembik dan susun biskut ke dalam loyang (tidak perlu memecahkan biskut). Sapukan campuran krim keju yang telah dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan Nestum.
  3. Ulangi langkah yang sama untuk merendam biskut, menyusun biskut dalam loyang, menyapu krim keju dan menaburkan Nestum. Setelah selesai, tinggalkan krim keju dan Nestum sikit untuk digunakan sebagai taburan pada bahagian atasnya dan simpan dalam peti sejuk.


Siap!! Ia mudah sahaja kan? Yang penting, resepi ini boleh disesuaikan dengan citarasa diri anda. Jika anda tidak mahu taburkan Nestum, anda boleh gantiny dengan menggunakan serbuk Milo atau Oreo sebagai hiasan topping.

Sekarang anda tahu cara buat cheesekut yang mudah dan sedap. Dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja, anda boleh membuat cheesekut yang sedap dan menggoda selera. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini di rumah dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Leave a Comment