JOM Terjah Blog – EarnCent.Com Edisi 1 (Artikel)
Hari ini satu artikel khas di bawah kategori review blog ingin aku kongsikan bersama anda. Kali pertama aku review blog orang jadi aku letakkan tajuk khusus JOM Terjah Blog – NamaBlogAnda.Com Edisi 1 (Artikel). Kali ini blog yang ingin aku terjah ialah blog Earncent.Com. Kepada IMers Malaysia di luar sana mesti familiar dengan blog Earncent yang dimiliki oleh saudara Ahmad Faizal bin Abi Setama aka Titan/Titanium Hijau nih. Antara blogger ‘otai’ tempatan yang gigih menjana wang online dengan blogging melalui medium atau platform BLOG .com!
Sebenarnya Edisi 1 ini hanya pengenalan sahaja, nanti ada Edisi 2 kemaskini yang akan aku buat dengan lebih menarik dan ‘ngeri’, hahaha! Melalui Edisi 1 ini aku akan pecahkan kepada beberapa Part, Part 1: Bagaimana Aku jumpa blog Earncent, Part 2: Langgan Artikel baru VS artikel lama. Part 3: HOT Produk! Part 4 (Akhir): Antara Tersurat dan Tersirat. Sebelum anda baca semua Part tersebut mari kita lihat maklumat ringkas mengenai blog nie:
- URL Blog: http://earncent.com/blog/
- Tajuk Blog: Blog Buat Duit dari Planet Bumi | Affiliate Hunter | Hidup Berani Untuk Gagal
- Alexa Rank (7 Ogos 2011): 132,940 (LINK) PS:Kalau anda lihat pada badge Alexa dalam blog Earncent kadang-kadang tak sama sebab badge tu lambat update
- Google Page Rank: 2/10 (Rank_1:1:2)
- Umur Blog: 11 November 2007
Part 1: Bagaimana aku menjumpai blog EarnCent.Com..
Ceritanya bermula apabila satu ketika semasa aku masih lagi menetap di KL, masa tu aku memang struggle ‘gila’ mencari wang secara online, dan dalam pencarian aku tulah aku menjumpai blog EarnCent nie. Bila ya tarikh keramat tu?, jap aku nak check balik.. Ok, dah jumpa, tanggal 9 Oktober 2009 hari Jumaat. Lama dah, sekarang dah 2011 lebih kurang 2 tahun. Masa tu filem Papadom pun belum release lagi rasanya. Bagaimana aku boleh pasti tarikh tersebut dengan tepat? Mudah sahaja aku check email aku balik masa aku buat langganan feed blog beliau. Ok, settle part 1. Kita masuk part seterusnya..
Part 2:Langganan Artikel Baru VS Artikel Lama
Kenapa aku letak VS aka Versus nih? Sebab aku nak beritahu sekiranya anda baru memasuki dan menjadi pembaca blog EarnCent nih, jangan sekadar baca artikel baru dan terkini sahaja, selak dan belek sama artikel lama di blog tersebut. Ada Rahsia purbakala yang tersembunyi kalau anda nak tahu. Nak tahu ada rahsia apa, pegi tengok sendiri. Haha..
Rugi sebenarnya aku katakan jika anda tidak subscribe feeds blog beliau. Kadang-kadang ada update program jana wang baru yang akan anda jumpa, bro Titan nie kalau dia jumpa sahaja program jana wang baru mesti dia kongsikan bersama pembacanya di bawah tajuk “Edisi Siasat Program BlaBlaBla”. Dia bukan sekadar beritahu info mengenai program jana wang online sahaja, tetapi turut menjana wang dengan program tersebut.
Tujuannya? Adalah untuk memastikan samada program tersebut membayar atau tidak! Itu point penting, tapi aku tak tunggu dulu keputusan ujikaji dia, aku join sama.. haha! Bukan apa, kalau anda buat acuh tak acuh sahaja, nanti program tu akan tutup pula pendaftaran atau jika tak tutup pun akan jadi super susah untuk daftar kerana syarat-syarat baru yang ketat. Aku pun pernah terlepas program seperti yang aku beritahu tu. Kalau anda nak tahu program apa, seperti yang aku katakan tadi, pegi tengok sendiri. Hehe.
Ok, sekiranya beliau berjaya dalm ujikaji beliau maka akan keluarlah satu artikel yang bertajuk “Komisyen Pertama daripada program BlaBlaBla”, sehingga aku pun terikut-ikut dalam penulisan tajuk blog aku, hehe. Tidak kiralah sama ada program tersebut membayar 1sen atau 100 dollar tetap akan beliau kongsikan. Sebab itulah nama blognya Earncent.Com!! Antara program evergreen yang sehingga kini masih lagi kacak membayar beliau ialah program pengiklanan TNX. Tak percaya anda tengok sendiri maklumat latest blog beliau tentang komisyen dari program tersebut. So, kalau anda ingin tahu bagaimana dia menjana wang dengan TNX, aku ulangi sekali lagi, pegi tengok sendiri artikel lama di blog beliau. :p Ok, aku cantas ayat merapu aku tu siap-siap sebelum aku merewang lebih jauh. Kita masuk Part 3 pula.
Part 3: HOT Product
Produk apa yang hot sangat tu? Haha, anda nie.. kalau yang baru menjadi subscriber beliau mungkin tak perasan produk nie, tapi kalau yang lama mesti perasan. Aku bagi clue melalui soalan: Apakah program evergreen yang aku sebut dalam part 2 tadi? Kalau anda mahu lihat produk sebenar boleh pergi ke SINI. Selepas aku jadi subscriber blog beliau dan mengetahui mengenai panduan tersebut, terus sahaja aku beli tanpa ragu-ragu, yelakan.. penulisan dalam blog dah reveal berbagai-bagai program serta tips-tips hebat takkan produk beliau buat cikai-cikai pula.. betul tak? so aku pun grab terus! Lagipun bukannya mahal, produk digital beliau nie termasuk dalam kategori produk mampu milik. Pastu ada update version plak tu. Aku beli produk tu pada hari Selasa 12 Januari 2010, masatu dah Versi 2.0. Ok, itu tentang hot produk.. tamat Part 3.
Part 4: Antara Tersurat dan Tersirat
Apa yang tersurat? Apa yang tersiratnya? Suspend plak.. hehe, ok.. apa yang anda baca dalam blog earncent nie anda jangan baca sekali lalu sahaja.. cuba perhatikan ayat-ayat beliau tu.. kadang-kadang ada tips yang tersurat dan kadang-kadang ada tips yang tersirat. Tips yang tersurat seperti yang diberitahu dalam artikel lah, dan tips yang tersurat anda perlu kaji sikit.. itupun kalau anda perasan. hehehe! Aku sebagai pembaca setia blog Earncent, aku bukan sekadar buat sahaja apa tips yang dia beritahu.. aku buat apa yang beliau buat! Beza tu sebab antara buat apa yang guru ajar dengan buat apa yang guru buat impaknya berbeza. Apa yang tersirat tu nanti aku akan revealkan dalam Edisi 2 nanti. Hehe..
Demikian 4 part yang selesai aku garapkan. Jadi setakat ini dulu review blog aku untuk edisi 1 blog EarnCent.com, kita jumpa kembali dalam edisi seterusnya tak lama lagi. Insya-Allah..
PS: Aku sebenarnya cuba buat review ini dengan gaya dan lenggok tulisan Titan di blog Earncent, haha.. ada persamaan tak?
PSS: Artikel ini adalah khas untuk Pertandingan Earncent Review 2011 yang dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com, AnakDunia dan Ohcikgu.com.. Anda baca review yang aku tulis nie rasa-rasanya ada potensi untuk menang tak? Hehe
Facebook comments:























Insya’allah potensi nak menang tuh ada. Cara review pun menarik untuk dibaca
JOM baca post terbaru dari kopisoda ..minggu pertama Ramadhan
hoho..ko buat bersiri ker??
to kopisoda – Ameen. Doa ke tu? Hehe. Terima kasih.
to titan – Yup, 2 siri/edisi. Hehe. Yg atas tu teori, satu lg praktikal punya. hehe, edisi video.
boleh kan?
JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Apa itu blogwalking?
Dahsyat3…udah bersiri, nak buat video pula. Kalah review saya
JOM baca post terbaru dari muhammad fakhruddin ..Andai Van Der Wijck Tidak Tenggelam
semoga berjaya.. baru je berjinak dgn blog, so baru jugak kenal titan.. tapi mmg dengar2 tuan empunya blog tu, antara yg otai..
JOM baca post terbaru dari fiezaradzi ..Julai Sudah Pergi, Ogos Pula Menanti
to muhammad fakhruddin – hehe, biasa2 saja.
to fiezaradzi – Terima kasih. Yup, otai blog.
JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Cara buat duit dengan Flippa
Yay, tahu ni blog siapa.
Blog Mr titan the legend of earncent
JOM baca post terbaru dari nizamghazi ..Apa Sudah Jadi : London Riot 2011
to Nizamghazi – Hehe, tau xpe. Join sekali bro. Meriah sikit.
JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Kuntao Marketing Review – Pakej Kuntao Generator Kembali!!
tahniah! menang 1st prize. memang mantap.
JOM baca post terbaru dari Sya Isya ..MENANG 3 KATEGORI DARI BLOG BUAT DUIT EARNCENT.COM (BLOG TITAN)