PJJ USM – Pohon USM PJJ di Portal eLearning PJJ USM

PJJ USM – Pohon USM PJJ Portal | Cara melakukan permohonan Program Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM PJJ) di Portal elearning PJJ USM untuk kemasukan program dan kursus baru sidang akademik 2018/2019.

Universiti Sains Malaysia merupakan satu-satunya Universiti berstatus APEX di Malaysia. Kepada anda yang ingin sertai Program Pengajian Jarak Jauh anda boleh melakukan permohonan secara aplikasi atas talian (Online Application) yang disediakan oleh pihak PJJ USM di pautan berikut: https://pohon.usm.my

Antara program yang sering ditawarkan USM PJJ ini adalah program Sarjana Muda seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
    Major – Sejarah, Kesusasteraan, Geografi
    Tempoh – 5 tahun
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
    Major – Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi
    Tempoh – 5 Tahun
  3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
    Major- Kewangan, Pemasaran, Organisasi
    Tempoh – 5 tahun
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)
    Major – Biologi, Fizik, Kimia, Matematik
    Tempoh – 5 Tahun

Isi Kandungan

PJJ USM

CARA MELAKUKAN PENDAFTARAN

  1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
  2. Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN USM – PPJJ [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
  3. Nombor PIN USM – PPJJ juga boleh dibeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
  4. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
    • No. Kad Pengenalan / Mykad (12 digit sahaja)
    • Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
    • Nama Ibu
    • Alamat emel yang aktif dan betul
    • No.Pin USM – PPJJ
  5. Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.

USM PJJ

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

  1. Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan/No Rujukan jika anda terlupa kata laluan atau no rujukan. Sebarang Pertanyaan sila hubungi nombor 1 300 888 876.
  2. Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
  3. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik SETERUSNYA untuk ke langkah seterusnya.
  4. Sila klik pada butang HANTAR di bahagian akhir – PENGESAHAN bagi melengkapkan proses permohonan anda. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
  5. Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-
    1. Salinan Borang Permohonan
    2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
    3. Salinan SPM/Setaraf
    4. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Lepasan STPM)
    5. Salinan Diploma/Sijil (Lepasan Diploma)
    6. Salinan Transkrip penuh Akademik [Semester 1 hingga Akhir] (Lepasan Diploma)
    7. Salinan Sijil MUET (Jika Ada)
    8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (Lepasan Diploma)
    9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
    10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA [http://www.mqa.gov.my] (Lepasan Diploma)

    SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
    JABATAN PENDAFTAR,
    ARAS 2, CANSELORI,
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
    11800 USM, PULAU PINANG.

Sila nyatakan nama program yang dipohon di luar sampul seperti berikut :-
PERMOHONAN PPJJ
[Nama Program / Kursus yang dipohon]
Contoh : [PPJJ (SASTERA)]

** NOTA :
Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Leave a Comment