Pin It

Pelaburan emas Bank Rakyat

August 5, 2011 | 0

Pelaburan emas Bank Rakyat – Pada masa sekarang semakin ramai orang mula menceburi bidang pelaburan emas. Saban hari aku lihat ramai sahabat Facebook aku sendiri mula melibatkan diri dalam pelaburan emas. Keterujaan aku mula meningkat apabila seorang demi seorang aku lihat di Facebook gembira dengan perkembangan harga emas yang kerap meningkat. (Lihat di SINI). Jadi selalulah juga kelihatan update dan kemaskini harga emas dalam status di wall Facebook mereka. Hehe, mudah.. tak payah lagi pergi tanya kaunter tentang harga emas terkini. Aku lihat kebanyakan mereka melakukan pelaburan emas Bank Rakyat. Bagusla, kaunter Bank Rakyat memang dekat dengan rumah aku. icon smile Pelaburan emas Bank Rakyat

pelaburan emas bank rakyat 2011 Pelaburan emas Bank Rakyat

pelaburan emas bankrakyat Pelaburan emas Bank Rakyat

pelaburan emas di bank rakyat Pelaburan emas Bank Rakyat

banner01 Pelaburan emas Bank Rakyat

Berdasarkan pemerhatian aku sendiri, aku dapati memang benar, pelaburan emas memang menguntungkan terutamanya dalam jangkamasa yang panjang. Jika hendak mengaut keuntungan dalam pelaburan emas dalam masa yang singkat mungkin keuntungan itu sedikit berbanding jika diperam dengan lebih lama.

Aku sendiri ada juga berhasrat hendak melakukan pelaburan emas. Namun aku tangguh dahulu niat aku dulu untuk aku fokuskan perkara lain yang buat masa sekarang aku kategorikan sebagai lebih mustahak dan penting. Selain itu aku juga belum sepenuhnya hadam mengenai pelaburan emas ini, tapi bukan tidak tahu langsung.. hehe, teruk sangat kalau tak ambil tahu langsung. Apapun, untuk melabur emas jangan sampai diri ditipu dengan syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawap, pelaburan bukannya sedikit, beratus-ratus sehingga mencecah puluhan ribu, bukan satu angka yang kecil.

skim pelaburan emas bank rakyat Pelaburan emas Bank Rakyat

Aku berkata demikian bukan sekadar cakap kosong, sebelum ini pernah masuk berita mengenai kes tipu pelaburan emas ini. Akibatnya, ramai pelabur yang tepuk dahi dan gigit jari. Mana lagi nak ‘cekau’ duit nih.. bak kata orang utara. Oleh sebab itu jika anda mahu melabur, mulakan dengan jumlah yang sederhana, jangan sampai mengadai tanah semata-mata hendak melabur emas.

banner03 Pelaburan emas Bank Rakyat Sebagai penganut agama Islam, kita harus mengambik kira hukum hakam yakni halal haram dalam setiap urusan mu’amalah jual beli kita termasuklah dalam prihal pelaburan emas ini. Anda boleh merujuk satu artikel yang ditulis dan dijawab oleh Ustaz Zaharuddin di dalam blog peribadi beliau mengenai Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia.

Untuk mendapatkan rujukan terutamanya mengenai pelaburan emas di Bank Rakyat (Ar Rahnu Bank Rakyat) serta maklumat-maklumat lain yang terkini, aku sarankan agar anda membuat rujukan melalui website ini >> JutawanEmas.Com.

Satu tips mengenai Pelaburan emas di Bank Rakyat yang ingin aku kongsikan tentang bagaimana untuk menjangka kadar kenaikan dan penurunan harga emas di Bank Rakyat? Caranya, anda boleh cuba lakukan pemerhatian lebih kurang seminggu di TV3, pada jam 1.30 berita tv3, perhatikan pada tulisan yang bergerak di bawah skrin tv anda, di situ ada dinyatakan harga emas banyak mana turun atau naik. Mengikut pemerhatian mereka yang pakar, kalau pada masa itu harga emas naik, maka esok dijangka harga emas Bank Rakyat juga akan naik.

Semoga artikel aku ini memberi manfaat terutamanya kepada anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam pelaburan emas ini. Sekian.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


1 × = two