Makan gaji vs Kerja sendiri

August 5, 2011 | 2

Antara makan gaji vs kerja sendiri yang mana satu anda pilih? Jawapan anda sahaja yang tahu, setiap sesuatu yang dibandingkan ada pro dan kontra. Bukan kepada sesuatu itu sahaja bahkan perkara yang berhubung dengan sesuatu itu. Dalam hal ini, sesuatu itu adalah 2 bandingan yang aku buat di atas tu (tajuk) dan perkara pula adalah diri anda atau aku. Idea nie aku sendiri yang fikirkan.. haha, so aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku sahaja.

Memilih kerja. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk kebaikan dirinya untuk jangkamasa panjang. Jika bekerja hanya sekadar ikut-ikut atau trend kadang-kadang tidak dapat stay lama.. tidak kira samada kerja makan gaji atau kerja sendiri. Cuma masalahnya TERLALU MEMILIH! Sebab itu ramai graduan atau pemuda pemudi sehingga kini masih menganggur.

Makan gaji vs Kerja sendiri
Ok, itu sedikit pengenalan umum aku. Masuk semula ke tajuk sebenar, aku akan describe satu-satu dan baru aku buat perbandingan. Bermula dengan kerja makan gaji, bermaksud kita bekerja di bawah orang lain samada dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah, sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula contohnya bekerja di syarikat-syarikat Sendirian Berhad atau Enterprise atau Syarikat Korporat, Kilang-kilang perusahaan dan lain-lain.

Itu bab kerja makan gaji. Kerja sendiri dengan erti kata yang lain bisnes atau perniagaan. Bidang perniagaan ini luas.Tak kiralah kerja apa pun yang penting anda sendiri boss, anda merancang bisnes dan kaut keuntungan 100% atau secara berkongsi. Kerja sendiri ini cabaran serta risikonya agak tinggi, ditambah pula dengan modal yang menelan kos yang jumlahnya agak besar. Namun semua itu dapat anda kurangkan sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada syarikat yang berkelayakan seperti FAMA, SIRIM dan sebagainya. Mereka akan membantu anda dari segi pinjaman dan khidmat sokongan dan panduan sehingga anda dapat “berdiri di atas kaki sendiri” dalam perniagaan anda.

Baiklah, deskripsi tentang kerja makan gaji dan kerja sendiri sudah aku terangkan mengikut pemahaman aku. Sekarang aku nak bandingkan pro dan kontra antara kedua benda alah nie. Aku buat Table la mudah sikit, nampak ringkas dan padat.


Makan Gaji Kerja Sendiri
Masa Ditetapkan: Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang Masa Anda tetapkan: Terserah anda, namun untuk berjaya anda perlu disiplinkan masa kerja anda.
Pendapatan Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan anda akan mula menerima gaji anda. Anda rajin atau tidak gaji tetap sama. Cuma kadang-kadang bila rajin dapat kenaikan pangkat maka gaji bertambah. Pendapatan Tidak Menentu: Gaji anda setiap hari. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan anda dan perancangan perniagaan anda.
CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati. CUTI Harian:Anda tidak perlu risau perihal CUTI kerana anda sendiri tetapkan.
Tempat Kerja Ditetapkan: Tempat kerja Anda ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat. Tempat kerja sendiri: Anda sendiri menetapkan lokasi tempat kerja anda, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan.

Itu 4 perbezaan antara kerja makan gaji dan kerja sendiri yang dapat aku fikirkan setakat ini, hehe. Jika ada lagi, aku akan tambahkan dari masa ke semasa. Biasalah, idea tak datang selalu, mungkin esok ada idea lain yang akan kunjung tiba.

Sebelum ini aku sendiri pernah bertanya diri aku, samada aku nak kerja makan gaji atau kerja sendiri. Pada pemerhatian aku, ada orang yang kerja sementara makan gaji untuk mengumpul wang sebagai modal untuk dia kerja sendiri aka perniagaan. Ada juga berlaku yang sebaliknya. Semester ini aku mengambil subjek Asas Keusahawanan di Kolej Universiti Insaniah, semalam masa di dalam kelas pensyarah aku ada memberitahu bahawa ada jirannya yang buat bisnes pelbagai, dari satu gagal dia tukar ke bisnes lain. Akhirnya pada suatu hari dia bertanyakan pendapat pensyarahku samada ada lagi bisnes lain yang boleh dia ceburi sebab sebelum itu sudah banyak perniagaan yang dia cuba, jual itu ini semua gagal, hutang pula bertambah kerana setiap kali dia hendak memulakan perniagaan dia membuat pinjaman bank namun setiap kali itu juga perniagaannya gagal. Jadi pensyarah aku menjawab dan memberi pandangan supaya dia kerja makan gaji dahulu sehingga dia dapat melangsaikan semua hutangnya, dan apabila sudah stabil baru fikir menganai perniagaan kembali.

Demikian antara klesifikasi yang dapat aku kelaskan. Jadi antara kedua kerja ini yang mana satu menjadi pilihan. Ibu bapa aku serta bapa saudara aku berkata apabila aku habis study degree nanti mereka cadangkan aku bekerja guru makan gaji dan membuat MA secara PBJJ. Hehe, padahal dalam benak aku adalah sebaliknya iaitu bisnes secara online. Ya, setiap kata-kata ibu bapa, ibulah terutamanya, ada hikmah yang kita tidak nampak. Aku sendiri dah merasakannya.. So, apa pilihan aku. Setakat sekarang aku memilih satu sahaja iaitu bisnes kerana sebab aku yang tersendiri. Pelbagai projek yang aku rancangkan sepanjang tahun 2011 ini untuk merialisasikan “sebab” aku itu. Hehe.
Pernah juga aku berfikir hendak grab saja kedua-duanya sekali. Namun oleh sebab ada sesuatu yang membatasi aku terpaksa membuat timbangan semula. Frasa Makan gaji vs Kerja sendiri selalu bermain dan berputar di minda.
Rasa umpama pemilihan antara hidup dan mati sahaja.. haha. biarkan sahaja..

Bagaimana dengan Anda, apa pula pilihan anda? Sudahkah anda membuat keputusan sama ada hendak kerja makan gaji atau kerja sendiri? Pada pendapat aku, sekiranya sekarang masa anda sudah suntuk, pilih yang anda nampak dahulu potensinya.. aku sudah beberapa tahun berkecimpung dalam bisnes online dan apabila datang benda alah ini aku tiada masalah sangat untuk memilih, namun kepada anda yang masih baru fikir-fikirkan dan timbang antara keduanya. Pilihan di tangan anda, jika tersilap pilih pun tiada masalah, sekurang-kurangnya anda akan dapat belajar sesuatu pada masa yang sama dapat mematangkan diri.

Sekian dahulu artikel pagi Jumaat 5 Ogos 2011 daripada aku. :)

Facebook comments:

Comments (2)

  1. Salam.

    Suami sya ada bisnes sendiri. Byk betul cabaran dan pening kepala sebenarnya sbb semua benda kena uruskan sendiri. Nak harap pekerja pun tak boleh terlalu mengharap. Duit pula jgn cakap la dah banyak sangat keluar dan keluar. Yang masyuk nya belum kunjung tiba. Oleh itu kata kunci nya :-apa2 pun yg kita buat jgn cepat mengalah !

  2. to Mekar – Betul tu. Jgn cepat mengalah. Bisnes ini memang banyak cabaran, mcm kedai makan persediaan modal perlu sedia utk cover 6 bulan, sebab bulan pertama kemungkinan belum ramai pelanggan. Selain tu pengiklanan dan penjenamaan semula juga penting, contoh seperti apa yg berlaku pada syarikat Sabun Lifeboy.
    JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Apa itu blogwalking?

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge