Bisnes Kereta Sewa – Panduan Berniaga Kereta Sewa

Bisnes kereta sewa – Bagaimana memulakan perniagaan kereta sewa? Pelajari tips cara menjalankan bisnes sewa kereta melalui artikel di bawah.

Pertama sekali saya ingin nasihatkan dalam menjalankan apa sahaja jenis perniagaan anda perlu berhati-hati memilih dan pertimbangkan pelbagai pilihan bisnes yang tersedia. Begitu juga dalam bisnes kereta sewa. Perniagaan sewa kenderaan merupakan industri yang sangat berdaya saing, tetapi dengan perancangan yang tepat dan berpandangan jauh anda boleh mengurangkan risiko perniagaan anda.

Saya petik kata-kata pujangga “jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal”, frasa ini adalah releven dengan situasi anda yang ingin mencaburi bidang perniagaan. Ia adalah sangat penting untuk difahami bahawa anda perlu melakukan penyelidikan anda – dan saya harap artikel ini menjadi titik permulaan yang baik untuk anda! Dengan penyelidikan yang teliti, ia tidak mustahil untuk anda menjana wang dan keuntungan yang baik dengan menyediakan satu perkhidmatan yang akan sentiasa berada dalam permintaan iaitu perkhidmatan kereta sewa!

Panduan Berniaga Kereta Sewa

Pertimbangkan jenis operasi sewaan yang akan anda jalankan. Terdapat 2 jenis operasi sewaan iaitu pertama sewa kontrak (di mana pelanggan anda – biasanya sewa untuk perniagaan, kenderaan pajakan untuk sesuatu masa yang panjang), atau sewa harian (di mana pelanggan – biasanya sewa individu, sewa kenderaan untuk tempoh masa yang lebih singkat).

Kumpulkan bala tentera (kereta) anda. Pertimbangan penting di sini ialah sama ada anda secara terang-terangan membeli kereta anda dalam jumlah yang banyak (boleh jadi mahal) atau sebaliknya mulakan dengan 1 ke 3 buah kereta. Pada mulanya tentera anda tidak perlu menjadi besar untuk membolehkan anda menjalankan bisnes kereta sewa, tetapi adalah diingatkan bahawa lebih besar jumlah tentera anda semakin besar pendapatan anda. Sebagai panduan, sentiasa meletakkan diri anda dalam kasut pelanggan anda – kereta anda perlu diselenggara dengan baik agar dapat menikmati perolehan yang tinggi. Untuk menggaji kakitangan penyelenggaraan kereta anda sendiri belum sesuai untuk bisnes yang baru bermula dan boleh menyebabkan anda mengeluarkan kos mahal, jadi sebagai permulaan amat penting sekali untuk anda mengingati dan membuat perkiraan dengan kedai membaiki kereta berhampiran tempat anda.

Pilih lokasi operasi perniagaan kereta sewa anda. Ini adalah langkah utama yang wajib anda pertimbangkan. Buat beberapa penyelidikan tentang jenis pasaran di kawasan anda. Antara lokasi pilihan yang sesuai adalah berhampiran dengan lapangan terbang, hotel dan stesen kereta api. Jangan lupa untuk menyelidik keselamatan lokasi anda, melabur dalam kamera CCTV dan sistem penggera adalah satu idea yang baik untuk awasi lokasi anda.

Ada lesen pendaftaran syarikat dan insuran. Insuran merupakan perkara yang paling penting bagi syarikat-syarikat sewa kenderaan. Adalah menyalahi undang-undang menjalankan perniagaan kereta sewa tanpa mempunyai insuran dan lesen. Jadi sila daftar syarikat dan lakukan kajian syarikat insuran untuk mencari perlindungan yang berbaloi dengan harga yang terbaik.

Pengurusan operasi harian kereta sewa yang cekap. Pada masa lalu menjadi kebiasaan untuk kebanyakan perniagaan melakukan catatan operasi bisnes seperti keluar masuk wang dalam satu kertas besar dan buku log. Tidak dinafikan kaedah manual ini amat berhasil dalam jangka masa pendek, namun kelemahan sistem manual ini akan nampak jauh lebih besar untuk kegunaan jangka masa yang lama. Sistem catatan manual dapat mengurangkan produktiviti dan melambatkan aktiviti anda lalu mengakibatkan ketidakcekapan operasi perniagaan. Anda boleh kehilangan masa dan menghadapi masalah kertas kerja sering hilang. Keadaan ini menjadi anda keliru apakah kenderaan yang sebenarnya keluar dan masuk, dan buat pengetahuan anda menguruskan invois sering menjadi mimpi ngeri. Jadi untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perniagaan anda dan mengelakkan dari terjebak dalam situasi tersebut, adalah sangat penting untuk anda melabur untuk mendapatkan perisian pengurusan bisnes anda.

Mempunyai laman web. Memiliki laman web khas perniagaan anda adalah satu kemestian jika anda mahu menerima aliran wang masuk yang baik daripada perniagaan kereta sewa anda. Dengan adanya kemudahan internet pada zaman ini telah memberikan ruang kepada pelanggan anda untuk menemui perniagaan anda dengan lebih mudah, dan ramai di kalangan pengguna internet termasuk saya sendiri menggunakan pencarian Google apabila ingin membeli-belah produk atau perkhidmatan. Dengan adanya laman web akan membolehkan orang ramai untuk melakukan aktiviti tersebut 24/7, dan ianya berkesan melanjutkan waktu perkhidmatan perniagaan anda. Fakta mudah yang saya ingin kongsikan, terutama bagi anda yang baru (syarikat baru) yang ingin menubuhkan syarikat: Jika anda TIDAK ADA laman web, pelanggan yang berpotensi akan pergi kepada perniagaan yang ADA laman web. Pelanggan pada abad ke-21 ini kebanyakannya tidak sabar dan mereka selalu melakukan tempahan dan membayar secara atas talian kerana ianya mudah untuk mereka. Jadi adalah penting sekiranya anda bina selengkapnya laman web anda dengan memiliki sistem kemudahan tempahan online yang sepatutnya. Pelanggan anda juga dapat menerima pengesahan tempahan automatik melalui peringatan e-mel, secara tidak langsung mengurangkan kerumitan anda.

Pasarkan perniagaan anda. Pada masa kini wujud satu cara bisnes baru bagi pemasaran yang dinamakan USP (Unique Selling Point). Dalam bahasa mudah, kalau cara berbisnes kebiasaan anda menjual sahaja ataupun jual kemudian bina hubungan jangka panjang dengan pelanggan agar pelanggan sentiasa datang kepada anda dan bawa pelanggan baru lain ke kedai anda. Tetapi dengan menggunakan konsep USP dapat menjadikan perniagaan anda unik yang tiada pada pesaing anda. Kaji dan ketahui seberapa banyak yang boleh tentang persaing anda kemudian gunakan pemasaran unik bagi mengatasi mereka. Antaranya jadikan jenama anda diingati pelanggan sepanjang hidup mereka, di mana pabila sebut nama perniagaan anda, maka mereka akan ingat kelebihan anda berbanding pesaing anda yang lain, contohnya bila sebut Air Asia kita akan ingat “tambang murah penerbangan” dan begitulah sebaliknya.

Demikianlah antara tips dan panduan berniaga kereta sewa yang perlu anda ketahui, gunakanlah perkongsian ini sebaiknya untuk menjayakan perniagaan anda. Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan anda yang lain dengan ketik pada butang share di sebelah kiri. Sekian.

Leave a Comment