Harga Tinted Kereta di Pasaran Malaysia

Harga Tinted Kereta di Pasaran Malaysia – Tahukah anda harga tinted cermin kereta di Malaysia antara yang termurah dan terbaik setanding dengan keluaran luar negara.

Tinted kereta kini telah menjadi satu ikutan yang sangat popular di Malaysia, hal ini kerana selain mengurangkan kepanasan pancaran matahari ia juga menjadi alternatif yang murah menggantikan penggunaan penyaman udara secara berlebihan. Percaya atau tidak, pernah satu kaji selidik diadakan mengenai tinted kereta ini, ternyata bahawa lebih daripada lima puluh peratus daripada orang yang ditemuramah sedang mempertimbangkan dan berkira-kira untuk mendapatkan tinted cermin kereta gelap manakala lebih daripada sepuluh peratus pula sudahpun memasangnya. Terbukti bahawa tinted tingkap kereta menjadi pilihan ramai pemilik kenderaan dan pastinya kita ingin tahu sebab-sebab mengapa tinted kereta ini patut untuk digunapakai secara meluas pada kenderaan di Malaysia.

Tinted cermin kereta kini seolah-olah menjadi kebiasaan setiap pemilik kereta yang kebanyakannya bersetuju dengan fakta bahawa penggunaan tinted kereta adalah berfaedah untuk mengawal suhu kereta dan mengurangkan penggunaan penyaman udara melampau. Sebab-sebab lain kenapa tinted kereta menjadi pilihan:

Pertama sekali, tinted cermin kereta adalah mudah dan sangat cepat untuk ditampal dan dilekatkan.
Kedua, anda perlu membayar sekali sahaja untuk memasangnya dan ia tidak memerlukan apa-apa kos untuk diselenggarakan.
Ketiga, dan yang paling penting, harga tinted kereta di Malaysia adalah antara yang termurah dan mempunyai kualiti terbaik setanding keluaran syarikat negara lain seperti dinyatakan sebelum ini, jadi satu-satunya pelaburan anda adalah untuk membelinya dan nikmati suasana memandu yang nyaman, itu saja!

Harga Tinted Kereta

Berapakah harga tinted kereta? Untuk makluman anda harganya adalah berbeza-beza mengikut buatan dan model kereta anda serta saiz. Pada asasnya, kereta bersaiz besar dan lebar mungkin memerlukan banyak kerja untuk memasang tinted pada cermin tingkap kereta mereka dan itulah sebabnya mengapa kedai tinted mengenakan anda bayaran lebih sebagai upah memasangnya untuk anda. Faktor lain yang menentukan harga tinted kereta sama ada akan menjadi lebih mahal atau lebih murah adalah jenis tinted kereta yang anda pilih. Terdapat undang-undang khas untuk tinted di seluruh dunia. Di Malaysia, undang-undang adalah berbeza mengikut kenderaan, dan berdasarkan undang-undang inilah diputuskan berapa banyak tinted kereta yang kegelapannya diperbolehkan. Biasanya, peratusan kegelapan adalah antara 32% -75% tetapi ianya berubah mengikut betapa cerahnya pancaran matahari di kawasan tertentu.

Izinkan saya berkongsi beberapa perkara yang perlu ada di dalam fikiran anda apabila memilih tinted cermin kereta anda. Pertama, anda perlu memutuskan berapa banyak kegelapan tinted yang anda mahukan. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai persekitaran yang sangat cerah dan panas, seperti di kebanyakan lokasi di Malaysia, maka anda perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan pancaran imej warna yang lebih gelap, manakala jika anda tinggal di yang cerah, namun kawasannya tidak panas, seperti di Cameron Highlands, anda harus berfikir untuk mendapatkan pancaran imej warna yang kurang gelap. Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada anda untuk putuskan. Sebagai alternatif, jika anda tidak boleh membuat keputusan pada masa ini, anda boleh pergi dan bertanyakan tentang perkara ini dengan pekerja di kedai tinted atau orang lain yang arif dan berpengalaman serta tahu lebih lanjut mengenai tinted kereta berbanding diri anda.

Harga Tinted Kereta

Satu lagi perkara yang perlu ada di dalam fikiran adalah anda juga perlu tahu tentang harga dan berapa banyak bajet yang diperlukan untuk memasang tinted pada kereta anda. Tidak perlu pun tahu harga secara terperinci, tetapi cukup sekadar tahu bahawa harga tinted kereta di Malaysia lebih kurang dalam RM100 sehingga RM400 ratus. Biasanya, kos akan bertambah jika tingkap kereta anda berbentuk lengkungan dan memerlukan banyak kerja dan mengambil masa pekerja kedai yang melakukan pemasangan tinted. Kebanyakan kedai tinted telahpun siap sedia membuat lengkungan pada tinted mereka dan hanya perlu dilekatkan sahaja pada tingkap kereta anda dan sekiranya pekerja kedai tinted tersebut berjaya mendapatkan tinted mengikut bentuk cermin anda, maka anda dapat jimatkan kos pemasangan dan hanya perlu membayar lebih sedikit sahaja.

Kereta yang memasang tinted cermin adalah sangat sejuk pada persekitaran panas. Jika anda masih belum memasang tinted kereta, pastikan anda dapatkannya bagi keselesaan pemanduan anda.

Leave a Comment