Bisnes Topup

November 14, 2012 | 2

Bisnes Topup – Dalam keluarga aku ada seorang yang pernah menjalankan bisnes topup ni iaitu adik perempuan aku, dia memang rajin buat bisnes sejak di sekolah menengah lagi berbanding aku baru nak mula berniaga masa di Universiti. Tapi dia dah berhenti sebab server website topup yang dia sertai itu ada masalah.

Ok, aku dah jumpa isi kandungan chatting aku dengan adik aku pasal biz topup nih, bertarikh 12 Febuari 2012 (pukul 2:28 pagi) melalui chatting Facebook, aku tanya adik aku nie sebab pada masa itu aku tengah siasat atau ‘spy’ seseorang yang menjalankan biz ni, so aku teringat adik aku maka aku pun tanya la dia, di bawah nie adalah hasil bualan aku yang nampak sangat aku tak tau apa aka zero pasal bisnes topup nih, adik aku terer lagi, haha:

bisnes topup

Aku: Nurul, hng dulu wat biz topup kan?
Adik Aku: yap, x wat dh, awat?
Aku: dia kira cmna untung?
Adik aku: yg adk wt 2 dia kira jumlah topup…dia bg point ikut jumlah topup n jenis airtime(celcom,maxis,digi)
Aku: hng jual dulu topup RM10 untung berapa?
Adik aku: x ingt, adik dia ikut jumlah n jenis prepaid. bisnes yg adik wat dulu ni link dia http://bestlelong2u.com
Aku: ceh.. xleh masuk, kena letak nama penaja.
Adik aku: buh (letak) ______. ******

Selepas beberapa ketika..

Aku: wow, untung lagi no..Prepaid card RM10 depa jual RM3 ja.
Adik aku: yg card 2 x taw nk beli cm na..huhu…password pon lupa dh ni.hehe
Aku: aik kena pasang kaki gak ka? haha
Adik aku: psg kaki? yg tu kalau org nk join wat jugak
Aku: maksudnya level. hng ada org bawah ka? ka, masuk buat tu ja?
Adik aku: bawah adik ada org.. kwn adik join bwh adik.. n ada member2 myspace dulu join bwh adik..
Aku: so, hng dapat komisyen x setiap jualan prepaid depa?
Adik aku: x..
Aku: awat? (kenapa?)
Adik aku: jualan prepaid adik adik dpt.. tapi kalau depa join bwh adik , adk dpt la komisyen.. bukan komisyen hasil dri depa jual topup
Aku: o0oo.. komisyen join la yg RM55 tu.
Adik aku: DISKAUN ERELOAD : CELCOM 6 %, MAXIS 3% , DIGI 2%

Selang selepas beberapa minit..

Adik aku: yg adik pny 2 dia dh cm x betoi dh..x yah tgk hat 2
Aku: xbetoi cmna?
Adik aku: ruang nk comformkan duit masuk lam akaun dh x dak
Aku: o0o. tula aku tgok ranking kt internet pun xadak web tu, tp sebelum nie depa bayaq la kat hng?
Adik aku: x taw kut dh ubah ka..apa ka.. depa bagi melalui point..point 2 adk guna tuk topup kt org.
Aku: o0o.

(Chatting kami tamat pada pukul 3 Pagi, 12 Febuari 2012)

PS: Sory sebab aku terpaksa skip beberapa ayat chatting sebab ‘lagha’ sangat. Haha!

Sebab utama aku tergerak hati nak tulis artikel tentang bisnes topup ini, kerana ada beberapa kali juga lah aku mendapat email mengajak sertai bisnes ni termasuklah hari ini baru kejap tadi aku dapat. Aku tahu email tu SPAM dan bukan aku seorang saja yang dapat, tapi aku sengaja cari info tentang biz nih untuk tambah informasi dalam minda niaga aku nih, sekurang-kurangnya kalau ada orang tanya bolehlah aku jawap dengan lancarnya, kalau aku lupa pun aku boleh rujuk balik artikel aku ini. Hehe.

Yup, bila dah cari info tentang bisnes topup ni mestilah jumpa kan bahkan bersepah-sepah di alam maya ini, bezanya kena pastikan samada ianya benar-benar menjalankan bisnes topup atau menjalankan bisnes ‘tapau’. Daripada pengamatan dan bacaan aku, setiap bisnes topup ini mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik pengedar/agen dan pelanggan. Antara model perniagaan mereka aku senaraikan di bawah:

Untuk menyertai bisnes topup Anda hanya perlu ada handphone serta modal permulaan yang ditentukan oleh syarikat topup tu, samada RM25, atau RM3 (tu paling rendah aku jumpa)

bisnes topupBagaimana pula serve bisnes topup ini berfungsi?

1) Pelanggan membeli topup dengan anda.
2) Anda menghantar pesanan kepada server.
3) Server/Gateway akan memproses pesanan anda.
4) Server/Gayeway akan menghantar topup kepada pelanggan anda.
5) Server/Gateway akan menghantar transaksi termasuk baki terkini anda kepada anda.

Apakah kelebihan bisnes topup? Menurut sumber yang aku baca tadi, ada banyak kelebihan dan di bawah ini adalah penerangannya secara ringkas tentang kelebihan bisnes topup:

1) Perjalanan urusniaga topup boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari seminggu) sebbab server 24 jam beroperasi.

2) Boleh jual Reload prepaid serendah RM 3.00 sehingga RM 100.00.

3) Boleh menjual topup untuk ketiga-tiga telco utama (Celcom/Maxis/Digi).

4) Permintaan yang tinggi , tidak ada istilah rugi produk prepaid

5) Margin keuntungannya yang tinggi. Bergantung kepada penyedia prepaid (Maxis, Celcom dan sebagainya)

6) Anda akan mendapat laporan melalui sms setiap kali urusniaga topup dilakukan.

7) Bisnes topup ini boleh dijalankan di mana sahaja samada di rumah, di tempat kerja (pejabat), di kolej atau universiti asalkan Anda membawa bersama telefon bimbit.

8) Kebanyakannya sah disisi undang-undang. Tengok sajalah banyak kedai topup yang tumbuh seperti cendawan.

9) Bukan skim cepat kaya, ini perniagaan yang wujud depan mata, tiada tersembunyi.

- Tiada maintain mingguan,bulanan atau tahunan.
- Tidak mengunakan sistem piramid.

10) Anda mempunyai kebebasan masa. Anda adalah BOS kepada diri Anda. Anda boleh mengubah jadual sendiri.

11) Keahlian seumur hidup. Ada juga yang kena langgan.

12) Layak untuk semua lapisan umur.

13) Antara produk dan bisnes yang terlaris dipasaran Malaysia.

14) Anda tidak perlu bayar yuran selenggaraan setiap bulan dan lain-lain selenggaraan, melainkan telefon bimbit anda tu rosak.

15) Tak perlu sewa kedai, bayar elektik/air, lesen perniagaan, minyak kenderaan, parking dan sebagainya. Macam adik aku buat, tetapi kalau nak buka kedai pun tak ada masalah, lagi banyak untung.

Demikian 15 senarai tentang kelebihan bisnes topup ni, cuma di sini aku tak dapatlah nak cadangkan kepada Anda mana satu bisnes topup yang terbaik sebab aku sendiri tak pernah sertai. Aku sekadar hendak berkongsi maklumat sahaja. Kepada Anda yang pernah buat bisnes ni bolehla kongsikan pengalaman Anda tentang plan-plan serta kelebihan bersama aku melalui komen di bawah ni, mana tahu boleh dapat pelanggan baru. Hehe.

Untung ke jadi agen topup? Pada pendangan aku dalam bisnes tak kiralah bisnes apa, untung itu adalah pada diri sendiri, kalau rajin dan kreatif maka untung pun banyaklah. Bak slogan Nike: Just Do it!. Ok, sekadar itu dahulu perkongsian aku untuk kali ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca, walaupun tak berkaitan dengan bidang Anda sekurang-kurangnya dapat menbah informasi. Sekian dahulu.

Facebook comments:

Comments (2)

  1. memanglah boleh untung. tapi kena ada banyak modal suntikan. hoho..
    JOM baca post terbaru dari titan ..Pemain Singapura lebih gagah perkasa..

  2. Salam. Boleh untung tapi margin kecik kan.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge