Kompas kiblat – Ketahui arah kiblat kompas dengan aplikasi Qibla Compass

Kompas kiblat – Ketahui arah kiblat kompas dengan aplikasi Qibla Compass. Dahulu sebelum adanya aplikasi dan teknologi serba canggih seperti hari ini, kita perlu menggunakan kompas fizikal di tangan untuk mencari atau menentukan arah kiblat Kaabah. Dengan pengetahuan asas arah utara, selatan, timur dan barat kita dapat menentukan arah kiblat menggunakan kompas.

Itu kalau ada kompas, jika tidak perlu ada pengetahuan amali yang lebih mendalam untuk mengetahui arah kiblat seperti nenek moyang kita samada dengan berpandukan arah bayang (siang hari) atau lebih advance lagi menggunakan petunjuk arah bintang (malam hari). Hoho, sungguh admin sendiri mengeku tidak berapa pakar dalam hal sedemikian.

Dalam Mushaf Al-Quran Uthmani halaman 23, Surah Al-Baqarah (awal Juzuk 2) ada merakamkan firman Allah SWT, maksudnya: “Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.” (2:149)

Info ringkas: Kiblat merupakan tempat diarahnya dada bagi setiap umat Islam dalam melakukan segala amal ibadah, terutama sekali ibadah solat. Solat tidak sah jika dada berpaling dari arah Kiblat dengan sengaja. Kiblat juga dieja dengan qiblat. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.

Namun sekarang dengan teknologi serba canggih, kita dapat menentukan arah kiblat dengan lebih mudah. Hanya dengan beberapa click dan sentuhan sahaja dapat memaparkan arah sebenar kita.

Kepada anda yang selalu mengembara dan musafir, anda boleh menggunakan 2 aplikasi popular untuk menentukan arah kiblat untuk tujuan bersolat. Senarainya aplikasinya serta pautan download seperti di bawah:

1) Qibla Compass

Kemudahan untuk mencari arah tepat kiblat amat penting bagi umat Islam semasa mengembara ke negara lain. Aplikasi Qiblah Compass amat mudah digunakan selain turut menawarkan rekaan paparan yang cantik dan kemas. Dengan adanya sokongan kompas yang terbina-dalam (built-in) telefon pintar anda, aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan arah yang tepat di mana saja anda berada.

Harga: RM0
Saiz: 1MB
Aplikasi sokongan: Windows Phone 7.5 dan ke atas.
Pautan muat turun: Qibla Compass

2) Muslim Pro

Dengan lebih 10 juta pengguna seluruh dunia, Muslim Pro menjadi pilihan umat Islam bagi mendapatkan maklumat pantas seperti arah kiblat, waktu solat, al-Quran dan bacaan dalam MP3, masjid berdekatan dan pelbagai lagi fungsi menarik.

Harga: RM0 versi percuma.
Saiz: Berbeza mengikut peranti.
Aplikasi sokongan: Android
Pautan Muat-Turun: Muslim Pro untuk Android

Memandangkan ramai merupakan pengguna android, dan ingin mencuba aplikasi-aplikasi arah kiblat yang lain, boleh layari mana-mana website di bawah:

1) Google Play Store

2) Appcrawlr.Com

Demikian perkongsian maklumat untuk kali ini. Semoga dengan perkongsian maklumat di atas dapat membantu anda mencari penunjuk arah kiblat yang betul, selamat mencuba.

Leave a Comment