Tokek mahal – kenapa tokek mahal?

December 21, 2010 | 4

Tadi saya baru melihat satu posting friend Facebook saya mengenai Tokek. Beliau ingin membeli Tokek dengan harga RM400, dengan syarat Tokek itu hendaklah seberat 400gram ke atas. Selain Tokek, ada nama lain tak untuk binatang nih? ada yang sebut Pokke, Gecko, Tokek dan Tokay. Apapun yang saya tahu, Tokek ini adalah spesis cicak. Dulu pernah saya jumpa tokek nie semasa perkemahan, habitatnya di dalam hutan. Susah untuk jumpa di kawasan perumahan taman atau kampung. Kalau ada pun mesti perumahan yang berdekatan dengan habitatnya iaitu hutan.

Sedikit info mengenai Tokek:

Tokek adalah nama umum sebagai gelaran untuk cicak besar. Terdapat beberapa jenis tokek, namun istilah ‘Tokek’ biasanya merujuk kepada jenis Tokek rumah

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang termasuk dalam golongan cicak besar yang berasal dari perkataan Latin iaitu Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Ia juga dikenali di beberapa tempat dengan sebutan yang berbeza, misalnya Tekek atau Tokek, (Melayu/Jawa), Tokok (Sunda), dan Tokay Gecko atau Tucktoo (Inggeris).

Tokek rumah memiliki bintil besar-besar di punggungnya dengan warna yang berbeza jika dibandingkan dengan cicak kecil. Warnanya yang bermacam-macam, dari warna abu-abu kebiruan sampai kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga.

Manakala bahgian bawah perut Tokek bewarna abu-abu biru keputihan atau kekuningan serta ekornya yang membulat dengan enam baris bintil belang-belang. Di bagian jari-jari kakinya terdapat bantalan penghisap yang dipanggil scansor yang membolehkan ia melekat di dinding tembok, pokok dan juga permukaan yang licin.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, kenapakah harga seekor tokek begitu mahal. Lebih mahal dari harga seekor ayam. Hendak dikata boleh di makan, ermm.. entah la. Mungkinkah kerana suaranya yang ‘merdu’? Adakah kerana ia sepises dhob (biawak tanah) juga? Apa kegunaan Tokek ini? Halalkah kita menjual beli Tokek? Mari kita cari jawapan terhadap soalan-soalan tersebut.

1. Harga tokek mahal kerana permintaan (demmand)-nya yang tinggi. Kulit Tokek boleh disamak dan dijadikan tas tangan, kasut, dompet, dan sebagainya. Selain coraknya yg eksotis membuatnya menarik, produk kulit tokek juga masih jarang dijual dan susah didapati di pasaran, tidak seperti produk kulit yang lain.

2. Tokek tidak di ternak, jadi sumber untuk mendapatkannya adalah dengan menangkapnya sendiri. Untuk menangkapnya harus ada ekstra budget untuk para pemburu Tokek. Semakin banyaknya permintaan/penangkapan maka semakin sedikit tokek di habitatnya. Oleh sebab itu para pemburu Tokek dapat menentukan pembeli yang mampu membayar hasil tangkapan mereka dengan harga yang mahal. Itulah sebabnya harganya jadi tinggi.

3. Selain dimanfaatkan kulitnya, dagingnya juga boleh dijadikan ubat. Dikatakan Tokek boleh dijadikan ubat dimana ia mempunyai khasiat menyembuhkan virus HIV/AIDS. Erm, betul ke nie? Penyakit HIV AIDS menyerang sistem imun tubuh dan sehingga sekarang masih belum ada ubat khas yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari Tokek dipercayai sebagai ramuan paling mujarab untuk penyakit itu. Bahagian lidah Tokek dikatakan mengandung zat yang mampu untuk melawan virus HIV. Selain lidah, hempedu Tokek kononnya juga mujarab untuk pengubatan orang yang mengidapi AIDS. Hal ini menyebabkan ramai orang sanggup membelinya dengan harga mahal demi menyelamatkan nyawa mereka.

4. Tokek tidak hanya laku di dalam negeri, tapi lebih untung lagi jika dapat dieksport ke luar negara. Tokek ini biasanya di eksport ke negara Thailand, China, Jepun dan Korea. Mereka inilah yang akan mengolah daging Tokek menjadi ubat. Tambahan pula negara-negara tersebut memang terkenal dengan industri ubat-ubatan tradisional yang unik lagi pelik!

Itu antara 4 jawapan kepada persoalan; kenapa tokek mahal. Mungkin anda mempunyai jawapan lain, sila kongsi di bahagian komen post ini. Berikut saya lampirkan beberapa gambar Tokek yang dikatakan ‘comel’ oleh sesetengah orang:

Gambar-gambar Tokek Mahal


Tokek raksasa seberat 64 Kg yang ditemukan remaja di hutan sempadan Kalimantan Timur dan Malaysia

Info tambahan mengenai Tokek:

>> Harga untuk seekor Tokek bergantung kepada berat badan dan usia tokek itu sendiri. Semakin besar atau berat Tokek, harganya makin mahal dan tinggi.

>> Tokek merupakan haiwan yang cukup sensitif dan mudah terkejut. Ia sensitif dengan perubahan persekitarannya. Sehingga boleh menyebabkan berat Tokek menurun. Lebih teruk lagi, ia akan mati jika berlaku perubahan persekitaran yang drastik (tiba-tiba). Jadi cara atasinya adalah dengan meletakkan ia di tempat yang sunyi jauh dari laluan orang ramai.

>> Untuk memelihara Tokek sebenarnya mudah sahaja. Dalam seminggu kita cuma memberi ia makan cengkrik yang anda boleh beli di kedai ikan atau tangkap sendiri sebanyak dua kali sehari. Jika tidak, cukup sahaja sekali sehari. Selain cengkerik, anda juga boleh memberi Tokek makanan seperti udang kering. PS: Dikatakan untuk menjadikan Tokek cepat besar, beri ia makan telur rebus sekali sehari.

>> Kandang/Sangkar: Pastikan dibuat daripada kayu dan atau bahan selain besi/ kawat/ emas dan platinum. Hal ini penting supaya Tokek merasa selesa seperti di habitatnya sendiri.

>> Tips membunuh Tokek adalah dengan sekali pukul iaitu pukul di bagian kepalanya sampai berbunyi “krek..”, yakni tanda tengkoraknya pecah.

HUKUM Membeli dan Menjual TOKEK

Asyik seronok membaca artikel tentang Tokek, mesti antara anda memasang niat untuk buat bisnes jual-beli Tokek kan? Nanti dulu! Mari kita lihat Apa kata HUKUM ISLAM tentang jual beli Tokek:

Anda bleh rujuk link-link ini:

1. http://tholib.wordpress.com/2009/08/17/tanya-jawab-hukum-jual-beli-tokek/

2. Dewan Pemuda PAS Tawau – http://pemuda-tawau.blogspot.com/2010/04/hukum-jual-beli-binatang-tokek.html

3. http://pengusahamuslim.com/baca/artikel/513/tanya-jawab-hukum-jual-beli-tokek

Apa yang dapat saya simpulkan. Sampai tarikh post ini, saya belum jumpa lagi Fatwa Malaysia Terkini yang mengatakan Jual-Beli Tokek adalah HARAM. (Jika anda menemui Fatwa mohon kongsi di ruang komen). Cuma terdapat pendapat beberapa orang ulama tentang Haram menjual Tokek. Jika kita tidak pasti sama ada ianya Haram atau Halal, maka ia kembali kepada hukum asal jual beli iaitu Harus. Namun jual beli Tokek didapati lebih mendekati kepada Hukum Haram maka ia termasuk di dalam hal syubhah. Lebih baik dihindari. Jadi saya mengambil pendekatan untuk TIDAK terlibat dalam jual beli Tokek, ditakuti menjadi darah daging.

UPDATE: Hukum Jual Beli Tokek oleh Ustaz Azhar Idrus

Sesungguhnya aku sebagai Hamba Allah takut dengan azab-Nya dan aku yakin rezeki-Nya yang Halal ada di mana-mana. Berusaha, berdoa dan bertawakallah. Wallahu a3lam.

PS: Banyak lagi bisnes yang terbukti Halal yang anda boleh lakukan samada melalui online atau offline:

Bisnes Online – Menerusi Internet

Bisnes Offline:

Anda tiada modal untuk mulakan perniagaan? Dapatkan Modal Perniagaan anda di >> SINI

Facebook comments:

Comments (4)

  1. hoho..kalau dapat 600 gram..dah leh dapat jual 1-3 juta tu..hoho..

    ada yang nak beli rm400 untuk 400 gram? haha..mimpila tu..dia nak jual balik dengan harga yang lebih mahal tu..400gram..leh dapat ratus ribu tu..

  2. Ya,
    Saya pun ada terdengar, harga tokek memang mahal,
    Tapi kat sabah sekarang nih, susah nak jual tokek.
    Kerana banyak penipuan. Bayangkanlah, tokek dipaksa makan guli
    supaya berat bertambah. Akhirnya, taukeh pun takut nak beli tokek nih,
    sebab tokek akan mati disebabkan tertelan guli.

  3. Izo

    Gambar tokek raksasa 64 Kg itu tipu jer… trik kamera jer tu.
    Tengok gambar lelaki di belakang dengan gambar tokek di depan. Gambar tokek nampak kabur… gambar di belakang nampak lebih jelas. Itu disebabkan lens kameranya fokus pada imej di belakang. Tokek pula diletakkan betul2 di depan kamera. Pasal tu besar & gambar nampak kabur sikit.

    Satu lagi takde tokek spesis ini yang seberat 64kg.

  4. Afiffuddin

    ohcikgu: huhu, hebat penangan tokek. Harganya mahal.

    Ronaldmohoni: Erm, info baru. Sebab harganya yg mahal, org sanggup menipu.

    Izo: hehe, alamak..mana aku tau bro. :p ~mcm real ja.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge