Gambar kemalangan jalan raya – 20 Gambar kemalangan pelik dan ngeri
Gambar kemalangan jalan raya. Pernahkah diantara anda melihat kemalangan secara terus di hadapan mata anda sendiri? Saya pernah melihat bahkan mengalaminya. Pertama kali adalah kemalangan kereta semasa saya kecil bersama Pak Cik saya. Itu pengalaman pertama saya mengalaminya sendiri. Kedua adalah melihat kemalangan arwah datuk saudara saya semasa saya bercuti di kampung. Dia kemalangan bersama motosikal lalu jatuh ke dalam sistem perparitan sawah. Saya dan anak datuk saudara saya mengangkat beliau dari dalam air dan membawanya ke Hospital. Allah lebih menyayanginya, dia meninggal di hospital Kangar pada hari tersebut.
Sebenarnya kisah saya itu hanya salah satu kejadian kemalangan daripada beribu-ribu siri kemalangan di dunia ini. Kita sebagai hamba Allah harus mengambil ikhtibar dan pengajaran bahawa ajal sentiasa mengintai kita, sentiasa mengingati Allah agar kita dapat mengucap kalimah Thoiyyibah di saat sakarat nanti.
Facebook comments:









































