Pin It

Contoh surat sakit – Surat keterangan sakit

May 7, 2011 | 0

contoh surat sakitsurat keterangan sakit. Salam sejahtera, artikel ini dihasilkan khas untuk membantu anda serta memudahkan anda untuk menghasilkan format surat sakit yang betul. Jadi saya sertakan juga contoh surat cuti sakit yang saya berkaitan disamping contoh-contoh surat yang lain. Di bawah adalah contoh-contoh surat keterangan sakit yang boleh anda buat rujukan.

= = = = = = = CONTOH SURAT SAKIT 1 = = = = = = = =

81, Laluan Pengkalan Timur 5,
Desa Pakatan,
31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
_____________________________________________________________

Puan Ardalu A/P Vengidalsam,
Guru Tingkatan 4S3,
SMK. Jalan Pasir Puteh,
31650 Ipoh.
Perak Darul Ridzuan. 27 OGOS 2010

Puan,

PER: MEMOHON CUTI SAKIT SELAMA SATU HARI (ISNIN, 23 OGOS 2010)

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, saya Loh Poh Wah ingin menolong anak saya Loh Kah Choon memohon cuti
sakit selama satu hari iaitu Isnin, 23 Ogos 2010.

3. Anak saya tidak dapat datang ke sekolah kerana dia sakit perut.

4. Diharap pihak puan dapat menerima surat cuti sakit anak saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………….
(LOH POH WAH)
Bapa kepada Loh Kah Choon

= = = = = = = CONTOH SURAT RASMI MEMOHON CUTI SAKIT 2 = = = = = = = =

(ALAMAT ANDA)

Guru Tingkatan (KELAS ANDA),
(ALAMAT SEKOLAH) (TARIKH)

Tuan,

Memohon Cuti Sakit

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, (NAMA ANDA), murid tingkatan
(KELAS ANDA) tidak hadir ke sekolah pada (TARIKH) kerana (SEBAB/ALASAN).

2. Saya mendapati saya (ALASAN) pada awal pagi (TARIKH). Saya tidak mendapat
rawatan daripada doktor tetapi rehat di rumah.

3.Saya terpaksa memohon cuti pada (TARIKH). Saya akan balik semula ke sekolah pada
(TARIKH).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
(NAMA PENUH ANDA)

Ok, setakat ini dahulu kemaskini saya, sekiranya terdapat contoh-contoh surat yang lain, saya akan tambah di dalam post ini. Saya berharap sedikit-sebanyak ia dapat membantu pencarian anda.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


6 × = eighteen