Alat Jimat Petrol

November 28, 2010 | 0

Alat jimat petrol. Perhatian: Posting ini adalah amat berguna kepada mereka yang maksimum 24 jam 7 hari berada di jalan raya. Agak-agak siapa la ya? Pemandu teksi pun tak bawa kenderaan 24 jam seminggu. Apapun teruskan bacaan anda, semoga artikel saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjimatkan petrol dimana ‘kualiti’nya sering naik manakala ‘kuantiti’nya tidak selalu turun.

Berikut saya senaraikan beberapa alat penjimatan minyak petrol yang ada di pasaran:

1. ECO-POWER COMPRESSOR

Alat atau teknologi penjimatan minyak petrol ini dikenali sebagai ECO POWER COMPRESSOR (ECO-PC) edaran ECONUTRIC (M) Sdn. Bhd di Petaling Jaya, Selangor. Apa itu sebenarnya ECO-POWER COMPRESSOR? ECO-POWER Compressor ialah satu teknologi baru yang direkabentuk untuk memperbaiki penggunaan petrol sebagai bahan api dalam sistem enjin kereta anda. ECO-POWER Compressor berfungsi untuk memastikan pembakaran bahan api yang lengkap agar petrol tidak terbazir. Dengan kata lain, anda jimat petrol dengan ECO-POWER Compressor!

Baiklah, untuk memudahkan pemahaman anda, anda boleh rujuk laman web ini untuk mendapatkan maklumat serta gambaran yang lebih jelas tentang ECO-POWER COMPRESSOR ini di My-Rummy.Com.

2. Sistem penjimatan minyak berasaskan Air – Reaktor Hidro

Alat jimat petrol yang dinamakan “Reaktor Hidro” ini dicipta oleh Hisham Abdullah. Beliau merupakan petani lulusan Universiti Arkansas, Amerika Syarikat. Menurut beliau alat tersebut mampu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 60 peratus. Konsep rekaannya berasaskan proses elektrolisis di mana gas hidrogen dihasilkan dan disalurkan ke dalam bahagian enjin untuk pembakaran yang lebih sempurna.

Jadi kepada anda yang ingin berminat, Hisham menawarkan memasang sistem itu dengan kos RM500 sebuah kereta. Menurutnya kos itu lebih murah daripada yang ditawarkan bengkel dan syarikat yang menjual teknologi yang sama dengan harga RM1,800 hingga ke RM3,500.

Sumber: KPDNKK.Gov.My

3. MAGNET – EPS fuel saver

MAGNET Penjimatan Petrol ini dicipta dari teknologi German. Anda boleh dapatkannya dengan harga (one time payment) sekitar RM150 – RM190.

Berapa banyak liter petrol anda dapat jimatkan dengan menggunakan alat jimat petrol ini? Dengan menggunakan alat EPS fuel saver ini anda dapat jimatkan minyak petrol sebanyak 20%. Ini bermakna sekiranya anda mengguna 20 liter minyak petrol sehari untuk 20 hari, maka jumlah penggunaan minyak anda adalah sebanyak 400 liter sebulan. Tetapi dengan menggunakan EPS fuel saver: 20 liter x 20hari x (20% jimat) = 320 litres per bulan. Jika seliter = RM2.70, sebulan anda dapat berjimat 80 liter x RM2.70 = RM216 !

Info selanjutnya anda boleh dapatkan di EPSfuelSaver.Com

4. FuelWater – Air sebagai bahan api kedua

Dibangunkan oleh syarikat bumiputera ZFAS Technologies (zfasTech), pengeluar produk jimat minyak telah memperkenalkan produk FuelWater yang menggunakan air sebagai bahan api kedua untuk kenderaan petrol tetapi pada kadar yang kurang berbanding kereta tanpa FuelWater. FuelWater yang dibangunkan dengan teknologi nano dan ion itu menggunakan air sebagai bahan api tambahan sekali gus mengurangkan penggunaan petrol.

Rujuk – Forum.Lowyat.Net, CariGold.Com

5. Mudah.My

Siapa tidak kenal Mudah.My antara pasaran online terbesar di Malaysia, anda boleh membeli dan menjual apa sahaja di Mudah.My, bahkan terdapat satu Panduan untuk Buat Duit/Jana Wang Dengan Mudah.my (Rujuk SINI). Berbalik kepada tajuk asal kita iaitu alat jimat petrol, di Mudah.My anda boleh mendapatkan Alat Penjimatan Minyak Petrol dengan harga yang murah bahkan anda juga boleh menghubungi pengedar/penjual alat tersebut. Jika anda bernasib baik, anda berkemungkinan akan dapat membeli 3 produk yang saya senaraikan di atas dengan harga yang lebih murah di Mudah.My.

Layari link berikut untuk melihat senarai Alat Penjimatan Petrol yang dijual di Mudah.My –> Alat Jimat Petrol

Sekian, setakat itu sahaja posting saya hari Ahad ini berkenaan dengan alat jimat petrol. Semoga artikel saya ini dapat membantu anda.

Best Regards,
Afiffuddin



Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, di bawah adalah VIDEO LIVE bagaimana insan kerdil seperti saya menjana wang di internet!


PS:Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui email di admin@afiffuddin.com



Facebook comments:

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge