Tombol Plus 1 VS Butang +1 Google

June 2, 2011 | 1

Hehe, saja aku tulis tajuk post seperti atas nie. Sebenarnya untuk optimize di search engine, tak perlu tulis tajuk banyak yang keyword, sekadar tajuk ‘biasa-biasa’ tapi di meta tag buatlah yang ‘luar biasa’. Faham? So, tajuk: Tombol Plus 1 VS Butang +1 Google ini tidak membawa maksud perbandingan apa-apa, hanya tajuk plus sahaja dari aku. hehe

Sebenarnya button +1 Google nie sudah di perkenalkan pada bulan March lalu. Tapi tadi aku perasan di Facebook Feed aku beberapa berita tentang tombol plus 1 Google nie.

Jadi apakah fungsi sebenarnya button plus one (+1) Google nie?

Ia lebih kurang sama seperti button ‘Like’ Facebook tu, dan sama juga dengan butang ‘Recommend’ Facebook.

Anda boleh temui butang plus +1 Goolge nie di Android Market, Blogger, Google Product Search dan YouTube.

Antara perkara yang menarik perhatian aku pasal butang plus 1 Google nie adalah: Dengan meletakkan button +1 di website atau page blog anda adalah satu cara untuk membantu kandungan web seperti artikel kuat di search engine Google. Wow.. part nie yang aku suka. Pendek kata, sekiranya anda ingin kandungan anda disebarkan ke seluruh dunia dengan mudah, letakkan button +1 nie!

Lepas nie aku yakin mesti ramai yang cari tentang: Bagaimana hendak letak button plus +1 Google di blog masing-masing. So, dalam artikel ini aku selitkan sikit cara bagaimana hendak meletakkan butang Google plus 1 nih dalam blog Anda.

Untuk menggunakan button plus +1 nie, anda perlu memiliki profile Google terlebih dahulu, maksudnya kalau anda sudah ada akaun Gmail atau Blogger maka boleh la menggunakannya.

Langkah meletakkan button plus +1 Google dalam web anda, pergi ke >> +1 button tool on Google Webmaster Central

Di Webmaster Central tu, anda boleh memilih size button +1 mengikut kehendak anda. Selain itu, anda juga boleh menambah fungsi bahasa pada button plus one. Terdapat lebih kurang 44 bahasa boleh digunakan.

Kemudian copy code script yang diberikan dan letak di dalam web anda sebelum kod .

Siap! Mudah saja kan? Untuk menambah kefahaman lagi tentang benda alah nie, anda boleh menonton melalui video di bawah:

Sumber: Add +1 to help your site stand out

Facebook comments:

Comments (1)

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge