eBaki MARA – Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online. Kepada siswazah yang pernah membuat pinjaman MARA, anda boleh melakukan semakan baki pinjaman dan biasiswa MARA anda secara atas talian.
Dengan adanya kemudahan e-baki MARA ini membolehkan pengguna samada pelajar atau ibu bapa menyemak baki Biasisiwa & Pinjaman Pelajaran, Pinjaman Komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa hanya dilakukan secara online.
Isi Kandungan
Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online
- Kepada pengguna baru sistem eBaki, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di pautan daftar pengguna berikut: Daftar eBaki
- Untuk lakukan semakan baki pinjaman dan dapatkan penyata biasiswa klik pautan berikut: Semak eBaki
Soalan Lazim Sistem e-Baki MARA
Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 17hb (contoh), tapi sekarang sudah 25hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.
Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.
S: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup dan yuran, tetapi kenapa di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup.
J: Sila semak dengan pihak kewangan kolej/universiti masing-masing sama ada pihak kewangan kolej/universiti ada menggunakan kemudahan auto-debit/direct debit dengan pihak bank bagi potongan yuran.
S: Saya lihat di e-Baki MARA ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM3,600 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,000 (kurang RM600)?
J: Amaun potongan RM600 adalah merupakan bayaran balik pendahuluan pinjaman pelajaran yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).
Lain-lain soalan lazim yang berkaitan sila muat turun fail PDF di SINI