Menang Topup RM10 daripada SitiAtikah.com

August 3, 2011 | 2

Hehe, baru tadi aku berjaya menjawap soalan yang diajukan oleh Datin Tyka. Sebenarnya masa aku dok usha posting-posting di Home Page FB, aku ternampak post pasal soalan Matematik, haha.. aku memang suka Matematik, teringat masa perperiksaan darjah 6 akhir tahun aku dapat markah Matematik tertinggi iaitu 100/100. Itu dulu la, sekarang dah berkarat sebab lama tak asah.. haha, aku try ja menjawab, kalau betul, dapat hadiah, kalau salah.. tak apa, belajar dari kesalahan. :)

Ini postnya di Facebook yang menarik perhatian aku, (hehe.. seronok tak habis lagi):

Kemudian aku pun pergi ke link yang diberitahu untuk melihat apakah soalannya itu.. nie linknya >> Soalan Matematik.

Aku pun mencari kertas kosong dan memulakan pengiraan, mengikut soalan, mesti kena darabkan. Aku guna Search Engine Google saja sebagai kalkulator untuk dapatkan hasil darab. Hehe, bawah nie adalah gambar kertas pengiraan aku tu.. :)

Dan hasil pengiraan dan jawapan yang aku beri betul. Aku menjadi orang ke-2 menjawap soalan tersebut, hehe.. nasib baik orang pertama jawap salah, so dapat la kat aku Topup RM10 tu. Rezeki..rezeki..

Mugkin ada yang mengatakan: Ala.. dapat topup RM10 pun nak kecoh ka? Bagi aku, berapa jumlah tidak menjadi soalan, seperti aku jana wang online, sekiranya aku dapat 1 sen pun aku akan kongsikan, kenapa? Apa yang aku nak kongsikan bukanlah jumlah wang yang aku dapat tu sangat, tetapi kongsi kejayaan aku dan bukti bahawa aku berjaya menjana wang dengan program-program online.

‘Ala Kulli Haal..Terima kasih sekali lagi atas hadiah. :)

PS: Rupanya soalan nie memang dah ada dalam Internet, bila aku Google memang banyak. Haha, sejujurnya aku menjawap soalan itu dengan jalan kira aku sendiri.



Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, di bawah adalah VIDEO LIVE bagaimana insan kerdil seperti saya menjana wang di internet!


PS:Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui email di admin@afiffuddin.com



Facebook comments:

Comments (2)

  1. hahaha .. tahniah tahniah ..
    DT tak berkesempatan nak keluar rumah lagi ..
    dalam petang petang sikit DT try pergi ke kedai ye..
    tahniah sekali lagi

  2. to Datin Tyka – Hehe, Terima Kasih DT. :)

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge