Komisyen Pertama daripada KPLIJ-Qaf.com

December 24, 2011 | 6

Komisyen Pertama daripada KPLIJ-Qaf.com – Alhamdulillah, antara pendapatan affiliate yang tertinggi hujung tahun ini aku perolehi daripada affiliate terkini daripada team KPLIJ-Qaf.com. Bolehlah buat tampung belanja harian aku nie. :)

Affiliate KPLIJ-Qaf.com ini adalah produk daripada salah seorang Mentee atau anak didik seorang Pakar Ebook iaitu Tuan Jamaluddin Bahari. Terdapat 2 jenis komisyen yang disediakan iaitu Pakej Biasa Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF dan Pakej OTO Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF. Pakej Biasa yang berharga RM40 menyediakan komisyen sebanyak 50% iaitu RM20. Manakala Pakej OTO komsiyen sebanyak RM35 disediakan.

Program Affiliate ini berlangsung pada 6/12/2011. Aku pula start engine pada 5hb lagi, awal sehari. Hehehe, dapat 2 jualan pada 5 hb tu. Tarikh tamat program affiliate tu tak diberitahu pula sebab bila tengok web jualan di http://kpli-jqaf.com masih lagi dibuka panduan tu. So, masih boleh beli lagi kepada anda yang berminat.

Di bawah ini adalah komisyen yang Aku perolehi daripada program affiliate anjuran KPLIJ-Qaf.com ni:

Komisyen Pertama daripada KPLIJ-Qaf.com

Berdasarkan jumlah komisyen tersebut, aku berjaya mendapat tempat ke-2 daripada senarai Top Affiliate sepanjang berlangsungnya promosi jualan Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF tersebut. Alhamdulillah.

Di bawah adalah antara teknik-teknik yang aku guna pakai untuk program affiliate kali ini:

  1. Early birds get the worm. Pendek kata aku start engine dan promosi awal.
  2. Mis-type/mis-spelled URL vs redirect URL – Aku beli domain http://kpli-jqaf.com dan redirect ke url affiliate aku di http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=afym. Aku ada pakai teknik ini untuk Adsense for Domain. Hehe, menjadi beb. Lebih menjadi kelebihan apabila 1 banner dan gambar-gambar dalam halaman jualan KPLIJ-qaf.com turut menggunakan domain http://kpli-jqaf.com (Aku punya) bukannya http://kplij-qaf.com. Anda dapat detectkan kesalahan tersebut? So, jika ada orang salah type url http://kpli-jqaf.com di browser mereka maka secara tak langsung mereka masuk melalui link affiliate aku.
  3. Blogging + SEO – Antara teknik promosi yang aku guna adalah promosi melalui blog. Komisyen aku dapat daripada promosi di blog saja sudah lebih daripada 90%.

Pada pendapat aku, panduan ini boleh pergi jauh lagi, maksud aku boleh menjana pulangan yang lebih banyak seperti produk TipsPTD. Bezanya panduan ini sasarannya adalah Ustaz dan Ustazah. Bila aku promote ada beberapa orang yang tidak setuju dengan banner gambar ‘ustazah’ tu. Hehe, memang nampak remeh.. tapi tengoklah sasarannya siapa. Aku sudah beritahu Tuan Jamal tentang hal tu sejak awal promosi lagi. Mungkin dapat pertimbangkan pada masa akan datang. Sebab 3 hari sebelum berlangsungnya temuduga KPLI-jQaf tu traffic masuk mencurah-curah daripada link affiliate aku, namun tiada jualan! Mungkin ini salah satu sebab. (memandai ja aku komen :p )

Jadi, kepada anda yang hendak join affiliate ini boleh sertai di http://kplij-qaf.com/affiliates/. Program affiliate niche kerjaya memang berpontensi. Cuma anda jika hendak jana wang kena alert sikit.

Sebenarnya ada lagi beberapa komisyen affiliate yang aku dapat sejak kebelakangan ini, cuma tak sempat aku post dan kongsikan bersama anda di sini sebab ada beberapa projek aku kena buat. Perkongsian kali ini pun sebab aku nak kongsi teknik yang aku gunakan dalam affiliate.

Kalau Anda nak tahu dan nak join program affiliate di Malaysia nie, aku sudah post senarai program affiliate di Malaysia 2011 di SINI.

Setakat ini sahaja perkongsian aku kali ini. Akhir kata: JOM jana wang dengan Affiliate!

Facebook comments:

Comments (6)

  1. haha..ko la puncanya trik aku tak menjadi. haha..
    tahniah. tahniah..
    JOM baca post terbaru dari titan ..Abang Merah yang kacak

  2. Jai

    Wah. banyak tu.. Boleh menuntut ni..he3.. Blog yang cukup bagus untuk belajar affliate..

    Tumpang tya bro, kalau nak apply google adsense untuk blog bahasa melayu macamna ek.. Aku ni BI fail, merangkak sangat x faham..
    JOM baca post terbaru dari Jai ..Kandungan Persetujuan Cuepacs Dan JPA Dalam SBPA 2012

  3. Harfiz@Bizstudent ~ Terima kasih. Bro join gak kan?

    titan ~ Hehehe, aku start awal, so banyak ikan aku angkat. Belajar dari bro gak.

    Jai ~ Alhamdulillah, rezeki. Buat masa sekarang nak apply Google AdSense kena pakai blog English/Bahasa Inggeris dulu. Nak apply akaun Google AdSense dari blog BM xbleh. Kemudian bila dah dapat akaun AdSense baru bleh letak code iklan AdSense dalam blog Bahasa Melayu. Ada dalam ebook 6 Modul AdSense kat sidebar sebelah kanan tu. Bro download.

  4. bro affifudin, aku baru blaja nk wat blog guna wordpress…tp nape ek button pluggin x de kt tepi tu ek?

  5. Eh ada.. kalau tak dak, bro login di http://domainanda.com/wp-admin kemudian masukkan url nie “wp-admin/plugins.php” atau http://www.domainanda.com/wp-admin/plugins.php

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge