Apa itu Blogwalking?

Apa itu blogwalking?.. Blogwalking jika diterjemah begitu sahaja maka ia bermakna blog berjalan. Anda boleh tangkap maksud tersebut? Bagaimana jika saya sebut blogwalking ibarat anda berjalan di atas pasir di persisiran pantai. Apa kesan yang akan berlaku? Tak dapat tangkap lagi? Baiklah, satu lagi contoh: Blogwalking ibarat anda berjalan di atas padang pasir gunung Sahara. Apa akan terjadi? Hehe, macam umum ja saya tanya… Apabila anda berjalan di atas pasir sama ada di persisiran pantai atau di padang gurun sahara anda akan meninggalkan JEJAK kasut anda! Betul tak? Begitulah juga konsep JEJAK yang ditumpukan dalam Blogwalking nie. Saya rasa anda dah faham sikit kan?

apa itu blogwalkingIstilah kat atas itu ikut pemahaman saya sahaja dan saya terangkan dan bandingkan aplikasinya dengan perbuatan supaya anda mudah faham akan konsepnya. Di dalam aktiviti Blogwalking, anda akan berjalan ke alam maya ini iaitu dari satu blog atau web ke blog yang lain dan setiap persinggahan itu anda meninggalkan JEJAK iaitu URL Blog anda! Bagaimana hendak meninggalkan jejak ialah dengan memberi komen pada artikel atau di shoutbox blog-blog yang anda singgah itu.

Apa kepentingan dan faedah yang boleh dapat dengan blogwalking nih? Ada banyak.. berdasarkan pengetahuan saya mengenai blogging yang tidak seberapa ini, dengan blogwalking dapat me’wujud’kan anda di alam maya ini. hehe.. ayat tersirat pula saya kasi.. meh saya buat point mudah..

Kepentingan Blogwalking:

1.) Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kalau anda nak lihat sama ada blogger tu sombong atau tak cuba komen dalam blog dia dan letakkan link anda (tapi jangan sampai SPAM pula ya.. ) kalau dia reply komen anda kira dia sporting tahap 1, dan jika dia reply komen anda dan masuk ke blog anda pula memberi komen maka dia sporting tahap 2 yang tiada unsur-unsur sombong. Sporting tahap 1 masih ada lagi unsur-unsur tu walaupun sikit. (Hehe, memandai ja saya buat telahan sendiri)

2.) Dapat meningkatkan rank blog anda sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder Google dan Alexa akan crawl ke dalam blog anda melalui jejak yang anda tinggalkan, dan dari situlah bermulanya proses ranking!

3.) Boleh meningkatkan traffic ke blog anda. Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena lihat juga, pilih blog-blog yang bertraffic tinggi.

4.) Blogwalking ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran anda. Ataupun sesuatu kumpulan yang membincangkan isu yang anda minati. Di situ timbul satu perkataan ‘hidup saling memberi’. Pertukaran idea dan buah fikiran mula terbina.

5.) Sambil blogwalking anda dapat menambah ilmu dan maklumat. Selain itu sekiranya anda hilang idea untuk menulis blog, blogwalking dapat membantu anda mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel blog.

..dah la tu 5 poin saya beri, hehe.. semua point tu saya reka sendiri berdasarkan pemerhatian saya. Mungkin anda mempunyai tips yang lebih bernas mengenai blogwalking ini. Seperti biasa saya amat-amat mengalu-alukan perkongsian anda.

Setakat itu dulu artikel saya sebelum pergi sembahyang tarawikh. Saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami maksud dan istilah sebenar apa itu blogwalking. Selamat beribadah di bulan yang mulia ini. 🙂

PS: Artikel ini ditaip sendiri dengan penuh sopan-santun oleh Afiffuddin.Com

1 thought on “Apa itu Blogwalking?”

Leave a Comment